.

.

Thursday, 29 March 2018

Mahathir... apa motif bertanding atas tiket DAP?

Kita sedia maklum bahawa terdapat satu masalah didalam PPBM dimana tiada laporan mesyuarat untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pendaftaran Malaysia. Ekoran daripada itu, kemungkinan pendaftaran PPBM sebagai sebuah badan politik akan terbatal dan secara automatiknya hilang kelayakan untuk meletakkan calon bagi pilihanraya 14.

Disebalik kisah tersebut, tun Mahathir bukan sahaja tidak cuba memulihkan parti. Bahkan sebaliknya mengambil pendekatan bertanding atas tiket DAP. Dimana kredibiliti Mahathir selaku MT dalam PPBM?

Sepatutnya Mahathir berusaha menyelamatkan kapal sendiri dan bukannya membiarkan PPBM tenggelam. Jelas matlamat Mahathir adalah dendam tak sudah kepada BN yang pernah diterajui beliau.

Melihat jawatannya diambil oleh Najib, Mahathir merasakan segala yang pernah dimilikinya diambil oleh Najib. Tambahan pula Najib menafikan dasar kronisma Mahathir tanpa satu pun tindakan Najib dapat dikawalnya. Dengan itu, melihat kejatuhan Najib adalah matlamat utama Mahathir meskipun terpaksa bersekongkol dengan parti kristian (DAP).

Pengundi perlu berhati hati dengan tindakan Mahathir yang bakal menggoyahkan institusi Islam di Malaysia. Pena ditangan pengundi, salah pangkah ... terpangkah tahi.

Tentang hantu kebaya merah.


Bila difikirkan secara logikal. Mungkin hantu kebaya seolah olah satu publisiti murahan oleh sekumpulan budak nakal. Akan tetapi aku melihat satu sudut diluar kotak iaitu. Ini video benar.

 Pertamanya dari segi lokasi, masa kejadian, dialog pemandu dan tindakan objek. Lalu aku melihat dari satu sudut logikal lagi iaitu pengakuan pelaku dalam whatssappnya.

 Secara pandangan aku, video itu dirakam dan sebelumnya mungkin mereka diperlihatkan beberapa kali sebelum salah seorang mangsa merakam objek. Memang benar jin tak boleh dilihat secara kasar. Tetapi itu hanyalah jin. Tidak pada syaitan.

Tambahan pula melihat situasi yang berlaku, bukanlah saja diperlihatkan kemunculannya . Tetapi lebih kepada cuba menarik perhatian pemandu, diakhiri dengan menghadang laluan agar pemanduan terbabas.

Yang menulis whatssapp mengatakan itu kerja mereka sebenarnya satu tindakan publisiti murahan . Tambahan pula bila dihubungi nombornya, tidak dijawab.

Logikkah 4 orang memakai pakaian sama, dengan jalan lenggok sama pada waktu lebih kurang 3 pagi di sebuah jalan sunyi. Tambah pula bagi seorang perempuan. Jarak penemuan dari satu objek ke satu objek agak jauh dan mustahil bagi seorang perempuan bertindak berjalan seorang diwaktu sedemikian dengan jalan yang sunyi.

Cuma dapat berharap empunya video tampil menceritakan segalanya.

Sunday, 25 March 2018

最好的问候。 你知道吗,你已经被欺骗的一方的DAP?

为此DAP使用你为了他们个人的利益。 不要高兴你。但是,我们设定愚弄过的议程的邪恶的DAP。他们的作用打乱的团结的马来西亚人。没有风险的未来,我们的国家。 DAP不优先考虑的中国人民。 相反它们更多的权贵. 投票MCA或等皆相续的,你是安全的。





Malaysian Malaysia. Kata Che Det mahafiraun.


DAP IPOH BARAT ABAIKAN GOLONGAN GELANDANGAN.

Begitulah nasib orang bergelandangan ipoh. Sekian lama DAP memegang tampuk kawasan Ipoh Barat, yang dipelihara ialah rumah pelacuran dan kegiatan ah long.

Sedikit pun tidak prihatin akan nasib golongan bergelandangan dari segi bantuan makanan. Yang mereka tahu adalah terus menghentam kerajaan sedangkan yang membantu golongan gelandangan ini ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pernah satu ketika golongan bergelandangan ini masuk ke restoran makanan segera hanya untu, megutip sisa makanan pelanggan restoran. Satu program kebajikan pun tak pernah dianjurkan untuk orang susah ini. Itu baru memegang satu kawasan, bagaimana pula bila dapat memegang seluruh negara?

Game DAP


Suatu bencana buat melayu jika bertanding atas tiket DAP

DAP secara jelas merupakan sebuah parti yang bersifat rasis terhadap bangsa lain terutamanya yang beragama Islam. Ada pun jika calon yang diletakkan kitu adalah orang melayu sendiri, mereka tetap terikat dengan peraturan parti DAP yang semestinya tidak memihak kepada melayu.

Memang benar kita harus memilih calon berwibawa, akan tetapi berbaloikah memangkah calon melayu yang menjadi boneka DAP? Meletakkan calon melayu dalam DAP merupakan langkah pertama bagi DAP memasuki wilayah majoriti melayu.

Seperti yang kita tahu, begitulah wujudnya parti PKR dan AMANAH, mengapa perlu atas tiket DAP. Disini kita sudah lihat game yang dimainkan oleh DAP. Beberapa negeri yang mempunya pengaruh PPBM mungkin tidak dapat mempertandingkan partinya dan akan digantikan dengan DAP. bertapa bijak percaturan DAP dalam usaha menguasai utara dan selatan.

Keputusan ditangan pengundi. Pangkah dengan bijak kerana mungkin pada hari ini anda mampu menyuap nasi sepinggan dan hanya sesuap sahaja apabila DAP memerintah.

Mungkin juga tengkolok dan serban bakal diharamkan dari dipakai selepas ini. Fikirkan dan buatlah penilaian dengan bijak.