Bila difikirkan secara logikal. Mungkin hantu kebaya seolah olah satu publisiti murahan oleh sekumpulan budak nakal. Akan tetapi aku melihat satu sudut diluar kotak iaitu. Ini video benar.
Pertamanya dari segi lokasi, masa kejadian, dialog pemandu dan tindakan objek. Lalu aku melihat dari satu sudut logikal lagi iaitu pengakuan pelaku dalam whatssappnya.
Secara pandangan aku, video itu dirakam dan sebelumnya mungkin mereka diperlihatkan beberapa kali sebelum salah seorang mangsa merakam objek. Memang benar jin tak boleh dilihat secara kasar. Tetapi itu hanyalah jin. Tidak pada syaitan.
Tambahan pula melihat situasi yang berlaku, bukanlah saja diperlihatkan kemunculannya . Tetapi lebih kepada cuba menarik perhatian pemandu, diakhiri dengan menghadang laluan agar pemanduan terbabas.
Yang menulis whatssapp mengatakan itu kerja mereka sebenarnya satu tindakan publisiti murahan . Tambahan pula bila dihubungi nombornya, tidak dijawab.
Logikkah 4 orang memakai pakaian sama, dengan jalan lenggok sama pada waktu lebih kurang 3 pagi di sebuah jalan sunyi. Tambah pula bagi seorang perempuan. Jarak penemuan dari satu objek ke satu objek agak jauh dan mustahil bagi seorang perempuan bertindak berjalan seorang diwaktu sedemikian dengan jalan yang sunyi.
Cuma dapat berharap empunya video tampil menceritakan segalanya.
No comments:
Post a Comment