.

.

Saturday 12 January 2019

Politik wang di Cameron Highlands

SPRM mohon pantau kes ni. Seperti yang kita tahu. PRK Cameron Highlands dilakukan semula kerana isu rasuah oleh calon BN dahulu seperti yang didakwa oleh Pakatan Harapan.

Dalam tak sedar PRK kali ni juga masih berlaku politik wang dikalangan PH pula. Sampai bila politik wang ni akan berakhir? Aku tak boleh kata apa2 sebab ni urusan masing masing. Adakah PRK kali ni kelihatan bersih seperti yang didakwa oleh PH?

Gambar disertakan adalah bukti. Pengundi boleh menilainya.




Alhamdulillah. Umurku dah cecah 36

Puji pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam. Selama mana bumi berputar, begitu juga usiaku. Pada hari ini, 13 Januari 2018. Usiaku telah mencecah 36 tahun mengikut tahun masihi ( usia kalendar hijrah 37 tahun).

Macam macam suka duka aku lalui sepanjsng hayat ni. Jatuh bangun semula tak terkira dah, syukur Allah masih beri aku masa untuk bernafas semula. Apa pun aku mesti terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.



Dikelilingi oleh sahabat yang sentiasa memberikan semangat, aku sangat mensyukuri atas kurniaan Allah ini. Semoga sahabatku sekalian berada dalam lindungan Allah. Aamiin. 

Aku pun tak tahu nak tulis apa dah sebab letih sikit. Buat masa ni penulisan aku banyak di media sosial facebook. Dan lebih berkisar kepada cerita politik. Tambahan pula pilihanraya kecil Cameron Highland semakin hampir. Membuatkan tugasanku sebagai Cybertrooper BN bertambah. Dan aku memperuntukkan waktu rehatku hanya 3 jam saja sehari.

Itu saja celoteh dari ku. Buat sidang pembaca. Terima kasih atas sokongan anda.

Monday 17 December 2018

Salam takziah buat keluarga Muhammad Adib.



Hari ini merupakan hari kesedihan bagi seluruh keluarga Muhammad Adib yang menjadi mangsa pukul perusuh di kuil Seri Mariaman Seafield Selangor. Ketika kejadian, Adib ditugaskan untuk memadam kebakaran yang dibuat oleh perusuh. Walau bagaimana pun beberapa orang perusuh telah menarik Adib dan membelasah beliau. Ekoran dari kejadian itu, Muhammad Adib terpaksa dikejarkan ke hospital sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara. Walaubagaimana pun pada hari ini 17 Disember jam 9.41 malam, Muhammad Adib telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kepada ahli keluarga Muhammad Adib diharap dapat bersabar atas ujian yang menimpa. Innalillahi wa inna lillahi rojiun. Al fatihah.

Video kejadian rusuhan. 26 dan 27 November 2018


Saturday 8 December 2018

Perhimpunan bersejarah 2018 Tolak ICERD



Disebabkan ini bukan isu politik dengan senang hatinya aku ingin menulis kat sini tentang perhimpunan tolak ICERD 8 Disember 2018. Perhimpunan yang melibatkan seluruh umat Islam ini berlansung didataran merdeka. Namun begitu tidak semua dapat masuk ke dataran merdeka termasuk aku disebabkan keadaan yang terlalu sesak. Tu pun aku bagitau kawan aku nak balik awal sebab tunggu pun tak dap dengar ucapan dari dataran merdeka.

 Suasana sangat sesak kerana peserta yang datang dari pelbagai negeri. Yang pasti sahabat bloggerku. Kami yang hadir bukan dari UMNO dan PAS sahaja. NGO juga terlibat. Bertapa meriahnya Kuala Lumpur hari ini. Cuma yang aku kesali ialah tidak dibenarkan bawa gadget telekomunikasi. Maklumlah keadaan bercelaru, hanya bawa dokumen pengenalan diri dan wang belanja saja.

Ketika menulis blog ini aku dalam perjalanan balik ke Ipoh semula. Tak boleh tunggu lama. Makan pun singgah drive thru mac D shah alam. Sebab turunkan penumpang di sini.

Blog ini aku tulis menggunakan telefon seorang member satu hala ke ipoh. Thank bro .. baru kenal kenal, lepas ni boleh la jumpa bila ko turun dati Sri Iskandar nanti. Aku takde gambar sendiri. Cuma tempek muka bila bergambar dengan orang yang nak tangkap gambar dengan aku jer. Orang special kot sebab ada kaki 6. Satu kaki original, satu kaki palsu dan 4 kaki walking frame. Aku tak gerak jauh pun , tu pun banyak duduk tepi tembok yang rendah sebab penat.

Ok geng takat ni jer artikel aku. Kita jumpa lagi dengan artikel yang lain. Jumpa lagi...



Friday 9 November 2018

Aina Mahyuddin Bigo live 7 November 2018



Hello gang. Bertemu lagi dalam Bigo Aina Mahyuddin live. Sorry lambat update.. kalau kualiti video pun takmok, aku minta maah yer.. layannn.








































Sunday 4 November 2018

Aina Mahyuddin Bigo live. Sambungan 4 November sesi malam


Salam bertemu kembali geng. Baru2 ni korang dah tengok kan bigo live Aina Mahyuddin3 November 2018 punya. Sebenarnya pada 3 November tu Aina buat show dalam jam 11 malam disambung terus hingga 4 November lebih kurang 2.30 pagi baru habis. Ni show pada tarikh 4 November jugak tapi sesi malam punya la.

Video ni adalah show Aina untuk mencukupkan jam tugasannya di Bigo. Aina kali ni buat show awal sikit sebab pagi esok dia akan menghadapi mid term exam. Doakan semoga dia berjaya. Ok la geng, jom kita layan Bigo live Aina yang aku rakam ni.


































Saturday 3 November 2018

Aina Mahyuddin Bigo live 3 November 2018


Assalamualaikum, hai geng. Jumpa lagi kita dalam artikel baru ni.. dari malam tadi hingga ke awal pagi, Aina Mahyuddin bersiaran lansung dalam Bigo Live. Mungkin ada yang terlepas live Aina malam tadi sebab Aina dah hampir sebulan tak on Bigo disebabkan sibuk dengan mid term examnya di IPT.

Kebetulan pula Aina kembali bersiaran lansung nalam tadi, aku sempat merakam beberapa buah lagu nyanyian Aina untuk mengubat kerinduan korang dengan penyanyi ini. Cuma aku mintak maaf la sebab Bigo ni perangai suka buat Lag. Tu yang spoil tu. Tapi aku terus terang, show Aina memang tip top. Walaupun belum ada single, tapi Aina banyak buat cover lagu. 

Ok la, tanpa buang masa lagi jom tonton rakaman show Aina Mahyudfin. Layannn...