.

.

Saturday 13 October 2018

Apakah Aina Mahyuddin sedang membuat rakaman single baru?



Aku masih belum pasti adakah video tanpa suara itu yang berdurasi selama beberapa saat dan tiada audia merupakan rakaman single Aina Mahyuddin atau tidak. Sebab sebelum ni ada khabar angin mengatakan Aina memiliki lagu sendiri dan masih belum sedia mengeluarkan sebarang single miliknya.

Apa pun aku sedang menunggu kenyatasn dari Aina sendiri tentang rakaman tersebut. Sebelum ni Aina pernah mengajukan soalan Kepada peminatnya di Bigo berkenasn genre lagu yang sesuai buat dirinya.

Aina Mahyuddin demgan suara yang mantap aku yakin mampu menghasilkan sebuah lagu yang menjadi siulan peminatnya nanti. Gambar ni aku print screen dari video ringkas pada Instagram Aina. Sori, bukan stalker tau. Aku kena tahu perkembangan Aina Mahyudfin kerana aku melihat potensi beliau yang amat cerah dalam karier nyanyiannya.

Ok geng. Kita tunggu jer apa hasil karya lepas ni. Ok, nanti Aina huat Bigo live, aku bagitau perkembangannya lagi..

Follow Aina Mahyuddin di Bigo...

Biasanya Aina on antara jam 11 malam ke atas... korang standby jer la...

Bye...

Thursday 11 October 2018

Apa jaminan orang bertudung tu baik?

Ok, ni isu yang boleh jadi hal besar bila dibincangkan, tapi tu la hakikat yang kita kena tahu tentang kewajipan menutup aurat. Didalam Islam, benerapa garis panduan telah diberikan berkenaan tatacara menutup aurat.

Tetapi disini ada sesuatu yang perlu saya persoalkan, adakah tufung dipakai atas dasar tuntutan syarak atau untuk melindungi leher daripada terlihat penuh dengan kesan love byte? Saya tak nafikan jika bertudung atas tuntutan syarak maka alhamdulillah ia satu hijrah cara pemakaian yang lebih baik.

Cuma yang saya nak tegur ni ialah kelompok kedua yang bertudung sebab nak melindungi leher dari terlihat dari kesan love byte selepas ringan rongan dengan kekasih. Itu la yang saya gelar munafik. Menunggang agama, melakukan dosa dan berselindung disebalik tudung yang dipakai. Jika demikian lebih baik buka tudung dari menunjukkan sifat munafik tu.

Mungkin ada yang mengecam saya tentang masalah ni. Tapi fikirkan apa yang aku cakap ni. Perlukah menyembunyikan dosa sedangkan kamu melakukannya berterusan tanpa taubat?

Fikirlah. Mungkin kita boleh sembunyikan dosa dengan manusia dibalik tudung dipakai, tetapi tidak dengan Allah.




Dron

Dron merupakan sejenis pesawat kawalan jauh bersaiz kecil. Kenapa sku pilih tajuk ini? Sebab aku melihat tugas dron kopter ini mampu mengambil alih tugas menjaga sempadan negara. Pada fikiran aku, dron mampu membuat kiraan jarak, koordinat serta mampu memberikan maklumat secara tepat.





Ditambah pula kemampuan dron bertindak secara senyap memandangkan saiznya yang kecil dan berada diudara. Walaubagaimana pun buat masa sekarang, dron hanya menjadi hobi bagi penggemarnya sahaja. Aku sendiri sedang merancang rekabentuk dron untuk diaplikadikan dengan teknologi automasi.



Sebabnya hanya satu, dron adalah sebuah peralatan multi function, dalam pelbagai tugas. Setakat ni sahaja dron telah melakukan pelbagai tugas merakam. Baru baru ni aku telah melihat satu teknologi dron yang sangat menakutkan. Tugas membunuh oleh dron bersaiz separuh tapak tangan. Bukan aku yang cipta tapi seorang jurutera telekomunikasi Amerika Syarikat.

Tapi rasanya elok la aku tak bincang tentang dron pembunuh tersebut. Matlamat aku adalah mereka cipta dron yang berfungsi menjaga keamanan negara. Antara yang aku fikirkan untuk teknologi dron ni ialah pengesan kehadiran objer melalui infra merah, mengukur koordinat sesuatu objek dari jarak stesen dron tersebut, teknologi caj semula dron tanpa wayar caj.. mungkin juga siren amaran yang dipasang pada dron.

Bukan mudah untuk merekabentuk teknologi sebegini. Tapi rasanya tak mustahil untuk dibina tebuan tanah ini bagi tujuan kebaikan.

Major (B) Abdullah. 2 briged RAMD

Abdullah Bin Mohd Hashim
Lahir: 19 Julai 1926
Meninggal : 13 November 2011
Pekerjaan: tentera darat Rejimen Askar Melayu Diraja
Tamat tugas: kem 2 briged jalan HB Ipoh.



Major Abdullah adalah seorang tentera darat yang melalui zaman beliau sebagai penentang komunis. Mungkin disebabkan nama beliau tidaklah sehebat leftenan Adnan dan kanang. Akan tetapi sepanjang 10 tahun terakhir hayat beliau, aku sentiasa berada disi Major Abdullah bagi membantunya dalam urusan seharian. Termasuklah sebagai pengawal peribadi beliau.

Sebenarnya Major Abdullah adalah datuk aku sebelah ibu. Nama sebenar aku juga terbentuk dari cadangan beliau sendiri. Orang yang mengazankan aku ketika aku dilahirkan (diceritakan oleh nenek dan ibu). Semenjak kecil aku telah tinggal bersama datuk aku. Dijaga dengan penuh kasih sayang walau pun beliau seorang yang tegas.

Sepanjang berada bersama beliau, pelbagai inspirasi diberikan kepada aku untuk menjadi kuat. Sesuailah dengan gelaran belisu sebagai camp commandant di Briged 2 RAMD.

Namun begitu jauh disudut hati beliau kisah hitam yang serongkali diulang cerita kepadaku tentang peristiwa ambush di Bakelalan Sarawak. Beberapa orang rakan setugasnya terkorban dalam ambush tersebut. Serangan dilakukannoleh pengganas komunis Indonesia pimpinan Sukarno. Ketika peristiwa berlaku, beliau dan beberapa rakannya berada diluar kem. Kesemua yang berada dalam kem telah terkorban. Beliau sendiri mengiringi jenazah rakannya pulang ke semenanjung. Hingga saat akhir beliau beliau terus bercerita tentang kejahatan komunis.

Dilahirkan di Kampung Kota Bharu Gopeng, Perak. Major Abdullah seringkali berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain mengikut tempat bertugas yang ditetapkan. Major Abdullah mempunyai anak seramai 5 orang hasil daripada perkahwinan dengan Noraini Harun





Selain daripada aktiviti ketenteraan yang diceburi beliau, Major Abdullah juga aktif dalam politik dan bergiat cergas dalam koperasi. Beliau juga menjadi Pengerusi Masjid Sultan Yusdof Rapat Setia Ipoh selama beberapa tahun hingga saat akhir beliau.

Selama berada bersama beliau, aku sangat berbangga dengan apa yang Major Abdullah lakukan. Berdisiplin, tegas dan memiliki kadih sayang terhafap keluarga serta rakan-rakan. Bila mengenang semula kisah Major Abdullah, banyak kenangan manis bersama beliau. Semoga Roh Major Abdullah dicucuri rahmat atas segala jasanya.

Al Fatihah.

Tuesday 9 October 2018

Aina Mahyuddin. Lucu dalam nakal.

Bila korang tengok aku up cerita Aina Mahyuddin ni mesti korang terfikir, aku ni dah kenapa dok up cerita dia jer kan.. korang tak follow show bigo dia, korang tak tahu.. aku selalu perhati show dan Instagram dia, aku tau cara dia melayan peminatnya.

Dulu aku ada pemikiran yang mengatakan orang cantik ni sombong dan tinggi diri (rasanya sama istilah). Tapi Aina ni dah ubah pandangan aku terhadap wanita cantik ni.

Pertama sekali masa dalam Bigo live, penyanyi cilik ni tak berhenti bersembang dengan viewer yang bertanyakan macam macam soalan. Kadang kala soalan matematik pun keluar. Tapi sempoi nya yang korang patut tahu.. Aina cekap jawab soalan diberi dengan gaya lucunya.

Inilah ciri ciri penghibur yang kita nak. Bukan setakat menyanyi jer tapi pandai menguasai audiens. Oh ya satu perkara lagi. Aina masih belum sedia mengeluarkan single beliau sendiri buat masa ini disebabkan dia sedang belajar di IPT dalam bidang muzik. Beliau berkata singlenya nanti haruslah berkualiti. Oleh demikian , beliau akan terus berlatih hingga cukup yakin untuk berdiri atas lagunya sendiri.

Ok la. Dibawah ni aku ada sertakan soalan dari peminat Aina. Dan lihat pada jawapan Aina yang korang bakal tersenyum sendiri.











Sunday 7 October 2018

Fugu... hidangan istimewa di Jepun.

Mungkin disana orangnya berani mati. Kita pula jangan la bunuh diri. Ikan buntal atau disebut fugu oleh orang Jepun merupakan hidangan istimewa yang boleh disediakan dalam pelbagai variasi.



Antara hidangan ikan buntal yang paling kerap dipesan ialah sashimi. Selain itu, isi ikan buntal juga boleh dibuat hidangan seperti sup.. apa yang aku lihat, bahagian ekor ikan buntal turut dicampur arak panas (hot sake), apa fungsi jyer pun aku tak tahu...

Kalo korang nak kenal lagi banyak pasal ikan ni korang bukak ler youtube tajuk fugu. Satu benda korang kena tahu. Bukan calang calang orang boleh siang ikan ni.. setiap diorang ada lesen khas menyiang ikan buntal. Salah siang, orang yang makan terus padam. Sebab ikan ni dikatakan haiwan paling beracun.

Ok geng , itu sajalah sedikit sebanyak pasal ikan buntal atau fugu ni.


Pekerja muslim terpaksa jual arak di 7 eleven

Apa solusi bagi masalah ini? Dari segi hukum syarak. Meminum, menjual, membeli, membuat dan segala yang terlibat dengannya turut menanggung dosa. Kita tidak boleh menyalahkan pekerja yang tidak mahu menjual, tidak juga boleh menyalahkan pembeli bukan Islam yang tidak memahami tentang hukum dalam agama Islam. Pihak bertanggungjawab perlulah bertindak bijak dan begitu juga dengan pengusaha syarikat perlu memikirkan cara terbaik menangani masalah ini.

Didalam video ini menceritakan tentang segalanya. Terpulang kepada pe,baca yang menonton untuk menilai sendiri situasi yang berlaku.


Kaedah tradisoinal China rawat stroke

Orang ramai yang tak tahu kaedah perubatan ini. Ia merupakan salah satu kaedah fisioterapi untuk mengaktifkan saraf. Penyakit stroke atau lumpuh boleh datang tanpa dijangka. Dan untuk memulihkannya amat sukar. Oleh demikian, pencegahan adalah jalan terbaik bagi mengatasi penyakit lumpuh ini.

Orang cina memanggilnya guasa. Atau dalam bahasa inggeris, ia dipanggil scrapping. Nak cerita panjangnpun tak boleh kalau kita tak memperaktikkannya, betul tak... oleh itu aku ada sertakan video kaedah rawatan ini dilakukan.


Saturday 6 October 2018

Aina Mahyuddin on Bigo live

Ok.. aku baru saja selesai layan Bigo sebab Aina Mahyuddin baru habis live tadi.. aku tau ada antara korang nak tau macam mana persembahan aaina kat Bigo kan.... ni aku ada rakam live Aina tapi tak panjang la sebab kalo rakam panjang, susah nak dimuatkan dalam blog ni.


























Ok.. lagu dibawah ni adalah lagu wajib sebagai penutup live Aina


Harap korang terhibur dan bagi yang tak sempat tengok show Aina Mahyuddin malam ni, harap ni dapat mengubat hati korang. 

Cerita sebenernya Aina dah rangkumkan dua harinya untuk satu show yang bersiaran selama lebih kurang dua jam setengah. Satu kaedah bijak bila berdepan dengan situasi tak cukup masa. 

Apapun aku puas tengok show Aina malam ni. Semoga Aina terus sukses dalam kerjaya yang diceburinya sebagai penyanyi..

Wujudkah NGO Persatuan Takut Bini?

Sampai timbul lagu nyer... aku nak tau jugak wujud atau tidak Persatuan Takut Bini atau kita lebih kenali sebagai PERTABI ni? Sebab siap ada lagu tu. Sapa yang tskut bini boleh la nyanyi depan bini dan tunggu pinggan mangkuk melayang. Bak kat Lan Pet Pet... hangpa semua penakot bila depan bini.

Nasib baik aku bujang lagi... woi... ada orang takut bini woiiii....








Nasi kandar M. Salim kepala ikan.

Nama restoran tu jer M. Salim kepala ikan. Bukan kepala taukey tu yang macam ikan.




Pada aku nasi kandar ni top 3 lepas nasi ganja Jalan Yang Kalsom dan Vanggey greentown. Ipoh mempunyai tarikannya yang tersendiri. Gambar ni adalah nasi kandar restoran M. Salim di Jalan Tokong off Jalan kampar. 

Untuk pengetahuan korang, harga nasi kandaq ni lebih kurang 9.00 jer. Isinya aku taruh hati ayam + udang seekor dan sayur. Minum teh o ais RM1.50 saja...

Taukey ni dah kenal aku dah sebab selang sehari aku akan datang sini. Korang boleh buat tempahan meja kalo nak datang dari jauh. Call 05-255 5786 untuk tempah meja. Kalo nak datang takat 2 hingga 3 orang, datang jer tak perlu call dah... 

Macam mana dia punya rasa? Korang tengok gambar tu lama lama korang tahu la... aku boleh ulang 3 ksli seminggu kat sini.

Memang sedap la.. jangan lupa mintak sayur timun dan sambal rempah sekali, tu yang buat korang ketagih nak datang lagi. Satu perkara lagii, korang patut cuba dia punya nasi biryani... ada kick bak kata mat rock

Terima kasih Aina Mahyuddin kerana baca artikel saya.

Saya besar hati menerima kehadiran cik Aina ke blog kedua saya ini. Maaflah blog saya ni tak seberapa hebat. Tapi saya kearah mempopularkan nama Aina dimata pembaca saya.



Sebelum ini blog pertama saya parangpedang.blogspot.com penuh dengan artikel politik dan follower saya terdiri dari geng politik. Untuk Parang Pedang 2 ni saya ingin membuat perubahan dengan memuatkan artikel secara umum pula.

Ok la Aina. Sekali lagi jutaan terima kasih kerana melawat blog saya dan saya akan terus memberikan input terbaik untuk mempromosikan Aina. Jumpa lagi......










Jom dengar Aina nyanyi sikit



Kelapa terbang dilambung Hang Tuah

Kalo tengok gaya, ingatkan dia tengah mengamuk macam hang jebat dalam cerita hang tuah. Rupanya dia sedang buat aksi melamhung kelapa. Memang menarik perhatian pelancong. Katanya di Melaka. Jadi korang cari la sendiri kat sana.

Harap korang ok lepas minum. Jangan ikut bersilat pulak.




MIANG KHAM pembuka selera di Thailand

Bila sebut Miang Kham, ada yang pening apa benda tu? Tapi bila ko sebut daun kaduk buat macam ko makan sirih baru la faham sikit..

Baru baru ni aku makan miang kham yang ahli keluarga aku bawak dari Padang Besar. Dah lima tahun tak sentuh miang kham ni.. sekali mak bawak dari sana sempadan Thailand Perlis. Aku punya air liur pun mula meleleh... cara makan tak susah pun. Bentang daun kaduk atas tapak tangan, bubuh kacang tanah, bawang putih, potongan limau nipis, bawang goreng, udang kering. Last sekali sapukan sos kacangnya... lepas tu lipat macam korang lipat sirih dan.... makan ler...  kecur air liur...


Nak buat sendiri pun boleh. Masak gula putih sampai cair, masukkan gula kabung, belacan, cili boh dikit, garam, udang kering kisar sikit, kacang tanah kisar halus sikit.. masak sampai semua bahan sebati...  lupa nak cakap , dalam miang kham tu patutnya letak debiji cili padi tapi aku tak letak sebab aku tak tahan pedas.

Rasanya tak cukup satu hidangan miang kham yang dibeli. Nak kena buat sendiri ni. Mana nak cari daun kaduk? Kalau korang nak kenal miang kham, cari kat youtube. Diorang siap ajar cara nak makan misng kham ni... selamat mencuba, jangan sampai ketagih tau....