.

.

Thursday 11 October 2018

Apa jaminan orang bertudung tu baik?

Ok, ni isu yang boleh jadi hal besar bila dibincangkan, tapi tu la hakikat yang kita kena tahu tentang kewajipan menutup aurat. Didalam Islam, benerapa garis panduan telah diberikan berkenaan tatacara menutup aurat.

Tetapi disini ada sesuatu yang perlu saya persoalkan, adakah tufung dipakai atas dasar tuntutan syarak atau untuk melindungi leher daripada terlihat penuh dengan kesan love byte? Saya tak nafikan jika bertudung atas tuntutan syarak maka alhamdulillah ia satu hijrah cara pemakaian yang lebih baik.

Cuma yang saya nak tegur ni ialah kelompok kedua yang bertudung sebab nak melindungi leher dari terlihat dari kesan love byte selepas ringan rongan dengan kekasih. Itu la yang saya gelar munafik. Menunggang agama, melakukan dosa dan berselindung disebalik tudung yang dipakai. Jika demikian lebih baik buka tudung dari menunjukkan sifat munafik tu.

Mungkin ada yang mengecam saya tentang masalah ni. Tapi fikirkan apa yang aku cakap ni. Perlukah menyembunyikan dosa sedangkan kamu melakukannya berterusan tanpa taubat?

Fikirlah. Mungkin kita boleh sembunyikan dosa dengan manusia dibalik tudung dipakai, tetapi tidak dengan Allah.




No comments:

Post a Comment