.

.

Wednesday 8 March 2017

Woowww.. terima kasih PERKESO

Tidaklah aku memanjatkan kesyukuran apabila setelah lebih setahun menempuh ujian derita akibat kaki terpaksa dipotong, rahmat Allah telah datang semula.

Kusangkakan program dialisisku saja yang mahu ditaja oleh pihak PERKESO. rupanya urusan Rehab, pemulihan cara kerja dan fisio terapi juga akan diuruskan oleh pihak PERKESO.

Satu perkara lagi yang menggembirakan aku ialah jaminan PERKESO dalam kesediaan menemukan aku dengan peluang pekerjaan selepas ini.

Jutaan terima kasih kepada pihak PERKESO kerana memberikan sinar harapan untuk masa depanku.

Tuesday 7 March 2017

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK CALLS ON NORTH KOREA TO IMMEDIATELY RELEASE ALL MALAYSIANS



7th March 2017

1.      I condemn in the strongest possible terms North Korea's decision to prevent Malaysian citizens from leaving the country.

2.      This abhorrent act, effectively holding our citizens hostage, is in total disregard of all international law and diplomatic norms.

3.      As a peace-loving nation, Malaysia is committed to maintaining friendly relations with all countries. However, protecting our citizens is my first priority, and we will not hesitate to take all measures necessary when they are threatened.

4.      I have summoned an emergency meeting of the National Security Council. I have also instructed the Inspector General of Police to prevent all North Korean citizens in Malaysia from leaving the country until we are assured of the safety and security of all Malaysians in North Korea.

5.      Our hope is for a swift resolution. I call upon the North Korean leadership to immediately allow our citizens to leave to avoid any further escalation.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PRIME MINISTER OF MALAYSIA

1) NR Twitter

https://twitter.com/NajibRazak/status/838976698787868672

2) NR Facebook

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10154239162090952

Monday 6 March 2017

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOPENG BERKENAAN ISU BR1M DAN SSM



Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat. Ini adalah tema bajet 2017 yang dibentangkan oleh YAB DS Najib Tun Abdul Razak ketika pembentangan bajet 2017 yang lalu.
2. Menerusi tema ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan lagi dan mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat. BR1M adalah satu inisiatif pihak kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dengan kos sara hidup yang tinggi.
3. Sejak BR1M ini diperkenalkan setiap tahun tanpa gagal, program ini terus mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat positif daripada rakyat. Bagi tahun 2017, kadar BR1M telah dinaikkan mengikut kategori dan keseluruhan program ini akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.
4. Kita amat menghargai usaha kerajaan yang berterusan membantu rakyat menerusi inisiatif BR1M dalam suasana ekonomi dan kos sara hidup yang tidak menentu kebelakangan ini. Namun, pelaksanaan BR1M pada tahun ini amat mendukacitakan. Bermula dengan tarikh agihan yang berubah-ubah sehinggalah syarat pemohon BR1M yang memiliki SSM tidak lulus permohonan mereka dengan alasan perlu mendapat pengesahan pendapatan daripada SSM.
5. Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gopeng mengambil berat hal ini memandangkan ramai anak muda telah memiliki SSM atas usaha kerajaan menggalakkan mereka mendaftarkan perniagaan. Namun mereka hanya menggunakan personal akaun dan tidak mampu lagi untuk membuka akaun semasa khas untuk perniagaan. Kebanyakan mereka juga hanya menjalankan perniagaan secara separuh masa dan kecil-kecilan dengan pendapatan yang tidak tinggi. Bukan semua perniagaan kecil-kecilan mendapat keuntungan melebihai RM4000 sebulan. Mereka ini adalah penerima BR1M setiap tahun tanpa gagal. Akaun peribadi yang digunakan adalah akaun yang sama digunakan oleh LHDN untuk memeriksa kelayakan mereka.
6. Persoalannya, mengapa hal ini berlaku. Mengapa pihak MOF melalui LHDN tidak memperhalusi kaedah agihan BR1M yang telah masuk tahun ke 5 perlaksanaannya. Adakah sistem LHDN begitu lemah atau mengambil mudah sahaja hinggakan tidak mampu mengesan status pendapatan anak-anak muda ini. Ini menyusahkan mereka untuk hadir ke SSM memohon pengesahan pendapatan.
Semua dasar kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Najib Tun Razak adalah terhadap kesejahteraan rakyat tetapi apabila masuk ke fasa perlaksanaan maka macam-macam akan jadi.
7. Oleh yang demikian, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gopeng mendesak kerajaan agar pada masa hadapan kerajaan perlu dan harus lebih menumpukan perhatian terhadap fasa perlaksanaan apa-apa dasar kerajaan agar usaha murni mensejahterakan rakyat berjalan dengan lancar.
8. MOF dan LHDN perlu memperhalusi semula kaedah mereka berkaitan SSM ini dan meluluskan segera permohonan BR1M mengikut tarikh yang telah diwar-warkan oleh YAB DS Najib Tun Abd Razak. Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gopeng juga mendesak pihak MOF dan LHDN mempermudahkan urusan dan proses permohonan BR1M bagi pemohon yang memiliki SSM.
Mohamad Adli Bin Mohd Tahiruddin
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gopeng

Sunday 5 March 2017

Innalillahiwainna ilaihi rojiun. Mohd Faizul Bin Mohd Yusof



Tidaklah sekadar meletakkan nama beliau disini selain mengenang tarikh permergian allahyarham ke rahmatullah..

Tanggal 6 Mac 2017, jam 2 pagi merupakan satu detik yang sangat menyedihkan apabila Parang pedang kehilangan seorang sahabat karib sejak sekolah rendah.

Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi hati. Beliau telah menanggung derita sejak 2011 akhirnya tidak mampu bertahan.

Parang pedang ingin mengajak sidang pembaca agar mendoakan kesejahteraan beliau disana. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang soleh.

Al Fatihah.

Friday 3 March 2017

Keahlian dibuka NGO sah berdaftar KGM30



Parang pedang ingin mengajak sidang pembaca untuk menyertai sebuah NGO yang sah berdaftar dengan Pendaftar pertubuhan (ROS).
KGM 30 merupakan singkatan bagi pertubuhan kebajikangabungan melayu Islam. 30 mengambil kira simbol Islam yang merujuk kepada 30 juz Al Quran.
Pertubuhan ini sah berdaftar dengan nombor ppendagtaran dibawah ROS. Pelbagai aktiviti disediakan untuk ahli berdaftar. Anggota dapat memanfaatkan peluang perniagaan dikalangan ahli disamping aktiviti yang disediakan. Untuk mendaftar, hubungi, sms atau whatsapp Razak Dahaman di nombor yang tertera dibawah.

019 363 6078


Malaysia tak pernah gagal, Pembangkang yang mahu gagalkan Malaysia




Saban waktu, ledakan demi ledakan kejayaan telah mula kelihatan terhadap pembangunan Malaysia hasil usaha kerajaan pusat sejak dahulu. Mungkin pada awalnya kelihatan seolah olah kerajaan melakukan tekanan terhadap rakyat sedangkan tindakan ini bertujuan memberikan keselesaan untuk semua.
Bayangkan dahulu rakyat sangat benci kepada cukai gst, namun begitu aliran hasil gst tersebut digunakan bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Saya beri contoh, MRT yang baru dibina baru baru ini sangat memudahkan perjalanan rakyat dimana laluan keretapi dari Sg Buloh ke Kajang dibina untuk pelbagai perjalanan. Bayangkan jika anda menaiki kereta dari Sungai Buloh ke Kajang, berapakah kos petrol yang digunakan? Tambahan pula jika anda memandu berseorangan tanpa membawa penumpang dan barang.
Benar, kerajaan boleh menidakkan cukai gst ini. Tetapi sanggupkah negara menanggung beban hutang yang tak terbayar sejak zaman pemimpin terdahulu? Tanggungan hutang negara terhadap pihak lain boleh saja mengakibatkan negara bankrap. Akhirnya pihak luar pada bila bila masa boleh menguasai kita secara terancang.
Inilah isu yang dimainkan oleh pembangkang apabila melihat negara mula terbeban oleh hutang lampau, ditambah pula dengan tindakan kerajaan memulakan langkah pencegahan beban hutang negara. Apa yang pembangkang lakukan ialah dengan menghimpit kerajaan dengan pelbagai isu melibatkan dua perkara utama ini. Rakyat mula dilagakan dengan masalah hutang negara dan dilagakan juga dengan masalah hutang gst.
Dulu seorang ahli PKR, Rafizi Ramli menghimpit masalah harga minyak. Kemudian apabila kerajaan mengapungkan harga minyak setiap sebulan sekali, maka dia sekali lagi memainkan isu harga minyak tidak stabil pula. Kemudian di dalam Parlimen tidak lama dulu, dia memberikan satu cadangan paling bodoh supaya dilakukan rombakan harga pada setiap kenderaan, setiap liter minyak yang diisi. Jika dilakukan cadangan ini bermakna pengusaha minyak dan pemilik kenderaan akan bertambah keliru. Sangat bodoh.
Pembangkang cuba menyeret rakyat Malaysia ke arah sistem pentadbiran seperti Singapura yang mana rakyatnya sendiri amat terbeban dengan cara hidup disana. Dengan parti pemerintah Singapura sebagai mentor kepada kepala parti pembangkang disini, pelbagao strategi jahat dirancang.
Kini rakyat boleh lihat, satu demi satu negara besar dari luar telah membuka peluang pelaburan di Malaysia kerana melihat potensi kemajuan negara pada masa akan datang. Wawasan 2020 harus disambung dengan TN50 supaya pembangunan tidak terhenti setakat tahun 2020 sahaja.
Jika wawasan 2020 sudah ada MRT. Apa pula kecanggihan dengan TN50 nanti? Mungkinkah kereta tanpa pemandu? Kereta berkuasa elektrik 100% dijalan raya tanpa ada penggunaan minyak petrol ? Robot pintar menggantikan tugas pembantu rumah? Ini semua tidak mustahil. Bayangkan bermula sekitar tahun 2000 kita sudah mula kenal handphone, dalam menuju tahun 2020 smartphone telah mula berkembang. Dari teknologi 3D , kini telah mula wujud 7D. Apa pula bakal terjadi lagi 30 tahun?
Kita sebenarnya semakin berjaya, bukan semakin mundur. Hanya suara pembangkang yang mengatakan kita mundur kerana mereka tidak mahu kejayaan Malaysia akan datang dicop sebagai hasil usaha kerajaan sekarang.
Teruskan menyokong kerajaan pimpinan sekarang kerana kami tahu bahawa ini semua datang dari hasil titik peluh rakyat.

Thursday 2 March 2017

Kedai tayar terbakar. Ampang Ipoh

Baru sekitar sejam tadi sebuah kedai tayar berhampiran gelanggang Maximus dan restoran haji Ghani di Ampang Ipoh telah mengalami kebakaran.




Hebohkan 2.6 billion hilang.. tak sedar 2.6 juta dah ada kencing manis



Inilah realiti bangsa lanun. Lebih utamakan 2.6 billion daripada risaukan kesihatan diri. Asyik ingat 2.6 saja... ni fakta sebenar. Yang sebetulnya 2.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap kencing manis. Kalau ada 2.6 billion dalam poket pun tak tak guna dah... burung dalam seluar boleh jadi lembik dibuatnya. Macam macam boleh jadi lepas tu. Duit nak, kesihatan taknak jaga... gula naik 11 sen sekilo pun kecoh. Sehari makan 10 kilo gula ke?

Tahniah wakil rakyat Parlimen Lembah Pantai



Dulu masa pangsapuri 4 tingkat di Kampung Kerinchi nak diganti dengan apartmen baru yang lebih selesa. Dialah yang paling kuat menghasut penduduk pangsapuri supaya menentang. Kes berlarutan hingga ke mahkamah, tetapi gagal.
Ramai yang akur dengan kerajaan pusat yang mahukan keselesaan tempat tinggal. Kecuali 35 orang yang mengikuti wakil rakyat Lembah Pantai. Kini, semua penduduk Kampung Kerinchi boleh bernafas lega memiliki rumah mampu milik senilai harga rumah 500,000.00...
Apa pula nasib 35 penduduk yang membantah sebelum ini? Hanya mampu gigit jari saja la. Apa pun tahniah kepada wakil rakyat Parlimen Lembah Pantai yang berjaya menghasut 35 penduduk ni.. rancangan penipuan anda sangat berhasil.

Mungkinkah nurul mahu beri rumah bernilai sejuta...

Wednesday 1 March 2017

Promosi simkad baru TRONEXUS

Eh... bukan Parang Pedang jual. Ni mr. Brado yang jual. Best jugak pakej yang disediakan oleh TRONEXUS ni. Kita pakai telefon, kita ajak orang join dan kita balik yang dapat komisyen? Siap komisyen bertingkat lagi tu..
Hubungi whatssap mr. Brado  013 504 4880 untuk pertanyaan dan register.. masyuk beb. Syarikat Telco lain pun kerat jari takmau buat sistem ni... kekalkan je nombor kita tapi guna line TRONEXUS.. Call brado cepat2  013 504 4880 ... dia tengah tunggu panggilan anda. Jangan pening, nama jer brado.. dia orang melayu.. gasak la loghat Kedah ke? Perak ke?kelantan ke? Dia faham.
013 504 4880


Awas...perlakuan anda sedang dirakam

Ini bukan cerita pen biasa, sejak beberapa tahun dulu Parang Pedang sudah menggunakan pen ini bagi merakam bukti tanpa disedari oleh si pelaku. Tidak perlu keluarkan telefon berkamera, hanya dengan satu butang saja aksi pelaku dapat disimpan.
Sebab tu sebelum ni Parang Pedang dah cakap.. banyak skandal ahli politik disimpan. Telur mereka sebiji demi sebiji dipegang.. tunggu masa nak ramas bagi pecah sahaja.
Kelihatan macam pen biasa

Tapi disebaliknya ada peranti rakaman.

Setakat ni, yang bulat tak berpakaian, yang masuk kedai nombor, yang suka main salam berhulur isi ada tersimpan dalam s d card.

 Yang naik tangga usang pun ada, yang masuk rumah urut berselindung pun ada... kita cuma pegang pada istilah wait and see sahaja.

Fakta sebenar 50 peratus petronas dan Aramco

Saiful Bahari Baharom:
Ada orang yang mengatakan Kerajaan menjual Malaysia dengan pembelian 50% projek prosesan minyak Pengerang oleh Saudi Aramco.

Respons ini adalah emosional semata-mata, sepertimana respons-respons dumb losers pihak pembangkang yang lain - tidak berasas dan tidak bermakna.

1. Projek RAPID hanyalah sebahagian,
suatu komponen dari Kompleks Bersepadu Pengerang.

Projek Pengerang Integrated Complex di Pengerang sebenarnya adalah lebih besar dengan jumlah pelaburan USD27bn  atau RM120bn.

Maka, komponen yang di beli 50%.  oleh Saudi Aramco adalah Petronas RAPID dengan harga USD7bn.

2. Saudi Aramco adalah syarikat minyak yang terbesar di dunia. Dengan pertalian pelaburan ini, Petronas akan mendapat menjalinkan kerjasama dengan Aramco dengan lebih luas lagi, umpamanya mendapat akses kepada usaha research & development.

3. Walaupun kita menganggap Petronas adalah suatu syarikat gergasi, sebenarnya Petronas adalah sebuah syarikat petroleum yang sederhana di kalangan syarikat-syarikat minyak di dunia.

Dengan pelaburan ini, Petronas akan berbiras dengan Aramco. Maka, Petronas berpeluang mengadakan partnership di dalam projek-projek minyak & gas lain di serata dunia, mengadakan partnership di dalam pelbagai cabang seperti pemasaran produk-produk downstream, membida blok-blok minyak dan gas di peringkat antarabangsa dan lain-lain.

3. Petronas akan mendapat USD7.0bn atau RM31bn dari jualan 50% saham ini. Dengan wang tunai ini, Petronas boleh melabur di dalam projek-projek lain.

Bukannya Aramco dapat free atau di jual dengan harga diskaun.

Akhir kata, reaksi pembangkang adalah reaksi yang datang dari mereka yang tidak berfikiran luas, tidak berpelajaran, uneducated fools, otak mereka melantun knee-jerk reaction kepada suatu kesimpulan yang simplistic dan jakun.

Gempar... Biawak langgar keretapi ETS

Hari ni berita harian metro ada menyiarkan kisah seekor biawak yang melanggar keretapi??? Biar betul... ke keretapi yang langgar biawak??? Sampai patah bahagian depan cover keretapi ETS tersebut.  Baca cerita selanjutnya pada akhbar harian metro. Aku nak sambung gelak.. biawak makan tongkat ali ni.. kuat sangat.



KTM BERHAD PERLU TAMBAH BAIK AKSES TIKET ONLINE

Nampaknya Dato Seri Najib dah mula alert masalah ini. KTMB mohon buat penambah baikan segera.


Penolakan campur tangan siasatan negara asing bukti Malaysia tegas dan berdaulat



Pertama sekali diucapkan tahniah kepada pihak polis Diraja Malaysia kerana berjaya menahan dua orang suspek pembunuhan abang tiri kepada Presiden Korea Utara iaitu Kim Jong-Un. Kepantasan pihak polis menunjukkan komitmen pada pihak kerajaan terhadap kes berprofil tinggi ini. Kim Choi yang merupakan abang tiri kepada Kim Jong -Un  telah mati ketika dalam perjalanan menuju ke hospital selepas mengadu sesak nafas akibat diserkup dengan kain dipercayai mengandungi bahan kimia oleh seseorang. Ketika itu mangsa dikatakan berada di KLIA2 pada jam 8 pagi bagi penerbangan ke Macau.

Buat masa ini dua orang suspek telah dikenal pasti dan telah ditahan untuk siasatan lanjut. Seorang berasal dari Indonesia dan seorang lagi dari Vietnam. Apakah motifnya, masih belum diketahui.

Namun begitu kerajaan Malaysia patut dipuji kerana sikap tidak lepas tangan dalam menangani kes ini. Biar pun didesak untuk menyerahkan mayat mangsa pembunuhan, selagi proses bedah siasat dan siasatan terperinci masih dijalankan maka mayat Kim Choi tetap dikawal. Ini termasuk cubaan PBB untuk campur tangan dalam kes ini, Kerajaan Malaysia tetap bertegas agar tiada campur tangan dari pihak luar.

Sekali lagi syabas diucapkan. Diharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Pentingnya SOCSO (PERKESO)

PERKESO atau SOCSO 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL PEKERJA


Ingat logo diatas kerana anda akan perlukannya suatu hari nanti. 

Kenapa Parang Pedang cakap PERKESO penting? Bukan bodoh bodoh Parang Pedang tekankan bab PERKESO ni. Bulan 4 tahun lalu  kaki kiri Parang Pedang telah dipotong akibat kencing manis, soalan pertama ditanya doktor ialah kerja kerajaan atau swasta. Soalan kedua pula ditanya sama ada insurans atau tak. Tentulah takde.. akhir sekali ditanya sama ada carum dalam PERKESO atau tak..
Parang Pedang ni on off kerja sebab sakit kencing manis kronik. Ada time tumbang kat tempat kerja, ada satu masa tu nak gerak badan pun dah tak boleh dah.
Kumpul kumpul, dapatlah 22 bulan carum PERKESO. Bulan yang lain tu Parang Pedang kerja ambil upah saja. Maka tak adalah mencarum.
Berkenaan PERKESO ni Parang Pedang dapat tahu pada bulan Disember tahun lepas apabila menghidap sakit buah pinggang. Tiada insurans, tak kerja kerajaan dan toada simpanan. Doktor terus tanya sama ada ada caruman PERKESO mencapai setahun atau tak... tambah tolak bahagi darab segala syarikat yang Parang Pedang kerja maka cukuplah 22 bulan.
Setelah bermesyuarat dengan jemaah doktor, Parang Pedang dipanggil wakil PERKESO ke pejabat. Difahamkan bahawa Parang Pedang layak untuk pembiayaan dialisis. Walau bagaimana pun, tidak layak untuk pencen ilat sebanyak 400.00 mengikut nisbah dari nilai caruman kerana tidak mencarum melebihi 24 bulan. Hanya dapat wang pampasan caruman saja secara one off.
Nasihat Parang Pedang, pastikan majikan anda mencarum nama anda di Perkeso kerana situasi ini bakal terjadi kepada anda. Bagi majikan pula ingat amaran ini.... dokumen anda bakal digali bermula dari tarikh penubuhan syarikat hingga tarikh aduan dibuat oleh pekerja. Selama mana anda menggaji perkerja tetapi tidak mencarum, maka sejumlah itulah anda terpaksa membayar kepada PERKESO selain daripada denda saman yang dikenakan.
Buat pekerja yang menerima gaji.. pastikan anda ada tiga benda ni yang ber'cop' syarikat.. bertandatangan majikan
Surat tawaran berkerja, slip gaji bulanan dan surat berhenti rasmi.
Jika tiada surat tawaran kerja bermakna anda bukan pekerja syarikat tersebut dan jika tiada surat rasmi pemecatan bermakna anda belum diberhentikan. Pastikan anda bukan mangsa pecat kurang dari 3 bulan dari tempoh notis pemecatan dikeluarkan atau tidak menerima pampasan 3 bulan senilai gaji anda. Jika berlaku sila rujuk PERKESO.
TITIK PELUH ANDA, HAK ANDA.

Al Fatihah.. Tan Sri Jins Shamsuddin Kembali ke Rahmatullah



Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Hari ini , 1 Mac merupaka suatu hari yang diselubungi kesedihan apabila negara ini telah kehilangan seorang seniman veteran yang terkenal.

Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.45 petang tadi di sebuah klinik di Taman Melawati.

Beliau mula menyepi dari dunia hiburan setelah lima tahun menghidap penyakit parkinson. Antara filem lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin yang terkenal ialah Bukit Kepong.



Buat keluarga allahyarham, salam takziah diucapkan. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.