.

.

Wednesday 1 March 2017

Penolakan campur tangan siasatan negara asing bukti Malaysia tegas dan berdaulat



Pertama sekali diucapkan tahniah kepada pihak polis Diraja Malaysia kerana berjaya menahan dua orang suspek pembunuhan abang tiri kepada Presiden Korea Utara iaitu Kim Jong-Un. Kepantasan pihak polis menunjukkan komitmen pada pihak kerajaan terhadap kes berprofil tinggi ini. Kim Choi yang merupakan abang tiri kepada Kim Jong -Un  telah mati ketika dalam perjalanan menuju ke hospital selepas mengadu sesak nafas akibat diserkup dengan kain dipercayai mengandungi bahan kimia oleh seseorang. Ketika itu mangsa dikatakan berada di KLIA2 pada jam 8 pagi bagi penerbangan ke Macau.

Buat masa ini dua orang suspek telah dikenal pasti dan telah ditahan untuk siasatan lanjut. Seorang berasal dari Indonesia dan seorang lagi dari Vietnam. Apakah motifnya, masih belum diketahui.

Namun begitu kerajaan Malaysia patut dipuji kerana sikap tidak lepas tangan dalam menangani kes ini. Biar pun didesak untuk menyerahkan mayat mangsa pembunuhan, selagi proses bedah siasat dan siasatan terperinci masih dijalankan maka mayat Kim Choi tetap dikawal. Ini termasuk cubaan PBB untuk campur tangan dalam kes ini, Kerajaan Malaysia tetap bertegas agar tiada campur tangan dari pihak luar.

Sekali lagi syabas diucapkan. Diharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

No comments:

Post a Comment