.

.

Saturday 28 January 2017

Puaka Sungai Rapat 3 ekor buat kecoh di Mydin Meru Raya

Cerita terbaru. Korang baca sendiri la... mulut tempayan boleh tutup.. mulut orang mana nak diserkup. Mata dah jadi saksi, lidah pun mula berbicara.. macam ni pun masih nak bela? Toyol pun hisap setitik darah berbanding puaka ni yang mintak semangkuk. Midah oh midah... raja puaka dari Sungai Rapat.. cuba teka lagi 2 ekor tu siapa? Puaka putu mayam yang suka selfie ..


KETUA UMNO BAHAGIAN GOPENG TIDAK MENGELUARKAN ARAHAN SABOTAJ HAMIDAH

Merujuk kepada satu artikel yang bertulis tentang Ketua UMNO Bahagian Gopeng Senator Dato Hamzah Kassim mengarahkan agar kain rentang ceramah Hamidah puaka diturunkan sebenarnya suatu fitnah yang dilemparkan oleh Hamidah bagi meraih simpati. Artikel yang disampaikan menerusi blogger Sungai Rapat online ditulis atas arahan Hamidah puaka sebagai langkah pertama permainannya dalam memujuk penduduk sekitar Gopeng dan Batu Gajah supaya mengundinya didalam PPBM nanti.
Selama memegang Sungai Rapat suatu ketika dahulu, banyak aktiviti gangsterisma yang dilakukan oleh Hamidah puaka ni. Biar Parang Pedang senaraikan :
1. Membentuk satu kumpulan pemuda ekstrim bermotor yang bertindak sebagai pasukan standby bila bila masa saja apabila dipanggil oleh Hamidah.
2. Menyerang kumpulan demonstrasi aman flash mob stesen 18 yang asalnya berlaku secara aman sehingga terjadi kekecohan yang akhirnya membawa kepada kecederaan orang awam ekoran tindakan samseng ekstrimis bermotor.
3. Bertindak menyerang calon bebas Dun Sungai Rapat dikompleks membeli belah Megoplex  semasa PRU 13. Hamidah juga telah bertindak menghempas kamera milik calon bebas tersebut hingga pecah lensanya.
4. Memasang audio kempen pilihanraya dengan kuat menerusi alat pembesar suara yang dipasang pada kenderaan van sepanjang jalan menuju ke pusat kempen pada waktu malam bersama geng ekstrimis bermotornya hingga menyebabkan gangguan kepada penduduk .
Nak lagi senarai.? Tanyalah kepada penduduk Sungai Rapat , lagi banyak yang akan diperolehi.

Banner yang didakwa telah diturunkan


Ini BUKAN arahan dari Senator Dato Hamzah.

Hamidah Puaka PPBM Menyogok Masyarakat Setempat

Mahafiraun dah cah kata Br1m tu rasuah sebab menyogok rakyat dengan wang bagi menarik undi padahal pemberian Br1m adalah satu tanggungjawab kerajaan bagi memenuhi keperluan. Pemberian Br1m dilakukan bukan bagi memujuk rakyat supaya memilih mana mana parti. Sebaliknya pemberian dilakukan mengikut kategori rakyat yang berkelayakan untuk menerimanya berdasarkan anggaran pendapatan bulanan.
Lihat pula apa yang dilakukan oleh seekor puaka Sungai Rapat belaan tok cha mahafiraun. Dengan membawa beberapa beg plastik ke sebuah kampung, menyampaikan ceramah politiknya supaya mengundi PPBM. Bukankah itu suatu tindakan menyogok? Tak semua yang menerima "sumbangan"tersebut. Hanya yang dikenalpasti boleh u turn ke PPBM saja akan menerima hadiah terbabit sebagai imbuhan.
Bertapa cerdiknya Hamidah puaka ni main game politik. SPRM taknak siasat ke gambar ni sebagai bukti rasuah Hamidah puaka?




Monday 23 January 2017

Group kelab rakyat bersatu promote casino online

Sama ada adminnya tidur atau memang pembangkang sukakan judi hingga sanggup biar orang promosikan casino online didalam kelab rakyat bersatu (ppbm) digroup facebook.

Nampak sangat yang tinggalkan UMNO ni kemaruk duit tak dapat main judi yg mana kedainya dimiliki oleh DAP.

Sunday 22 January 2017

Kumpulan rock lipan bara bukan dongeng filem.

Bila kita tengok filem rock oo, kita akan terdengar nama sebuah kumpulan bernama lipan bara. Filem komedi rock oo bukanlah filem rekaan, sebaliknya menceritakan kisah benar perjalanan kumpulan rock sekitar tahun 80 an. Nak tahu siapa kumpulan rock lipan bara? Lihat gambar dibawah... lipan bara bukan dongengan.


Friday 20 January 2017

Perlawanan bola sepak the young hornet Gopeng.

Petang ni. Jangan lepaskan peluang menonton di padang Politeknik Ungku Omar Ipoh.

Thursday 19 January 2017

Kea Farm Cameron Highland terbakar?

Parang Pedang tak tahu info sebenar cuma ternampak di Facebook. Jika anda mahu tahu cerita sebenar, boleh la search di google atau tunggu berita di tv..


Kenapa blog Parang Pedang 2 diwujudkan?

Parang Pedang blogspot merupakan sebuah laman blog asal yang beroperasi sejak sekian lama. Kewujudan blogger Parang Pedang bermula selepas pilihanraya ke 12 dimana parti komponen Barisan Nasional mengalami kekalahan yang teruk hingga menyebabkan beberapa buah negeri jatuh ke tangan pembangkang. Penulis melihat bahawa telah wujud cyber troopers dikalangan pembangkang yang menggunakan media siber sebagai senjata untuk menyerang kerajaan BN ketika itu.
Didalam mesyuarat cawangan UMNO penulis telah mencadangkan pembentukan sebuah laman web bagi menangkis serangan fitnah pihak pembangkang, tetapi sayangnya cadangan penulis dipatahkan oleh seorang ahli didalam mesyuarat yang berkeras mahu mengambil tugas tersebut atas alasan dia lebih tahu tentang dunia siber.
Sebulan berlalu tanpa ada apa apa tindakan segera menyebabkan penulis mengambil tindakan sendiri mewujudkan blog awal yang menggunakan nama umno rapat setia. Sekian waktu penulisan demi penulisan diterbitkan  hingga mendapat perhatian dari seorang blogger bergelar Sekupang Dua. Bersama beliau, penulis bergabung membentuk saf perang cyber bernama Perak Cyber Troopers.
Atas cadangan blogger Sekupang Dua juga, blog umno rapat setia bertukar nama kepada Parang Pedang. Sehingga sekitar 2016 blog Parang Pedang bergerak aktif dan terpaksa melabuhkan sauhnya akibat masalah teknikal.
Namun begitu, bahtera Parang Pedang tidak tenggelam begitu sahaja, kewujudan Parang Pedang 2 telah menggantikan blog Parang Pedang yang lama bagi meneruskan perjuangan. Bagi yang ingin membaca artikel Parang Pedang, bolehlah melayari kedua dua blog dibawah.
Parangpedang.blogspot.com
Parangpedang2.blogspot.com

Bungkus nasi goreng cara baru kerajaan Selangor

Kerajaan selangor mungkin lepas ni bakal memperkenalkan sistem pembungkus makanan terutamanya nasi goreng yang baru. Ini berikutan kerajaan pimpinan Azmin melihat pembungkus baru ini lebih ringan , nipis dan mempunyai bentuk yang menarik.


PILIHANRAYA KECIL TANJUNG DATU SARAWAK

TERKINI SPR
PRK N03  Tanjung Datu Sarawak

Penamaan Calon : 4hb Februari 2017
Mengundi awal     : 12hb Februari 2017
Hari Mengundi      : 18hb Februari 2017

27 Saluran tempat mengundi, 9,959 orang pemilih berdaftar
BN Menang dgn Majoriti 5,892 pd PRN 11 yg lepas

Wednesday 18 January 2017

PUAKA SUNGAI RAPAT MENGGANAS LAGI

Bila sebut Dun Sungai Rapat kita pasti kenal dengan dua beradik yang rakus mengejar kuasa dalam dunia politik. Ada yang menggelarnya puaka disebabkan sikap tamaknya dalam merebut jawatan didalam UMNO suatu ketika dahulu. Seorang pernah menggawatkan keadaan apabila pemilihan ketua wanita Bahagian terpaksa dilakukan dua kali. Seorang lagi lebih besar cita citanya apabila bertindak meletakkan dirinya sebagai calon untuk bertanding didalam jawatan ketua bahagian.

Apabila kepentingan diri tidak diperolehi daripada UMNO negeri, kedua dua puaka ini bertindak mengkritik UMNO secara terbuka serta menjalinkan hubungan baik dengan pihak pembangkang. Disebabkan tindakan ini, mereka berdua telah diambil tindakan dibuang daripada UMNO.

penubuhan PPBM telah membuka mata mereka dalam melihat suatu peluang merebut kuasa dengan harapan dapat memegang suatu jawatan tertinggi dalam parti baru tersebut. Pelbagai taktik kotor digunakan bagi menyingkirkan pesaing demi merebut kuasa dalam PPBM.

Ramai ahli PPBM diluar sana yang tidak mengetahui siapaka sebenarnya dua ekor puaka ini, tetapi tidak kepada masyarakat didalam parlimen Gopeng dan Dun Sungai Rapat.

Bukan ingin menyibuk, tetapi sekadar mengingatkan akan bahayanya puaka ini apabila betada dimana mana organisasi politik. Ramai yang terpedaya dan teraniaya oleh janji manis puaka puaka ini. Bagi yang ingin tahu siapa mereka, bolehlah bertanyakan kepada penduduk, ketua kampung, penyokong UMNO, penyokong PAS didalam Parlimen Gopeng. Selama puaka ini berkuasa di Sungai Rapat... Bomoh , Dukun dan Pawang handal pun tak mampu mengusir mereka....