.

.

Wednesday 18 January 2017

PUAKA SUNGAI RAPAT MENGGANAS LAGI

Bila sebut Dun Sungai Rapat kita pasti kenal dengan dua beradik yang rakus mengejar kuasa dalam dunia politik. Ada yang menggelarnya puaka disebabkan sikap tamaknya dalam merebut jawatan didalam UMNO suatu ketika dahulu. Seorang pernah menggawatkan keadaan apabila pemilihan ketua wanita Bahagian terpaksa dilakukan dua kali. Seorang lagi lebih besar cita citanya apabila bertindak meletakkan dirinya sebagai calon untuk bertanding didalam jawatan ketua bahagian.

Apabila kepentingan diri tidak diperolehi daripada UMNO negeri, kedua dua puaka ini bertindak mengkritik UMNO secara terbuka serta menjalinkan hubungan baik dengan pihak pembangkang. Disebabkan tindakan ini, mereka berdua telah diambil tindakan dibuang daripada UMNO.

penubuhan PPBM telah membuka mata mereka dalam melihat suatu peluang merebut kuasa dengan harapan dapat memegang suatu jawatan tertinggi dalam parti baru tersebut. Pelbagai taktik kotor digunakan bagi menyingkirkan pesaing demi merebut kuasa dalam PPBM.

Ramai ahli PPBM diluar sana yang tidak mengetahui siapaka sebenarnya dua ekor puaka ini, tetapi tidak kepada masyarakat didalam parlimen Gopeng dan Dun Sungai Rapat.

Bukan ingin menyibuk, tetapi sekadar mengingatkan akan bahayanya puaka ini apabila betada dimana mana organisasi politik. Ramai yang terpedaya dan teraniaya oleh janji manis puaka puaka ini. Bagi yang ingin tahu siapa mereka, bolehlah bertanyakan kepada penduduk, ketua kampung, penyokong UMNO, penyokong PAS didalam Parlimen Gopeng. Selama puaka ini berkuasa di Sungai Rapat... Bomoh , Dukun dan Pawang handal pun tak mampu mengusir mereka....

No comments:

Post a Comment