.

.

Wednesday 12 October 2016

Membongkar rahsia bermain saham

Kita sering kali mendengar tentang cerita berkaitan saham setuap kali berita dalam segmen ekonomi. Apa itu saham? Ramai yang berranya dan tak kurang jugak yang menyamakan saham tu dengan forex..
Biar aku cerita sikit pasal saham ni. Dalam istilah mudah saham, ia bermaksud korang jadi rakan kongsi sesebuah syarikat.. contohnya korang jadi rakan kongsi syarikat tnb ke telekom ke... dalam saham, ada seribu lebih syarikat yang bukak peluang untuk korang jadi rakan kongsi diorang. Pilih jer kaunter yang korang minat.
Nak beli saham ni tak susah, korang perlu la bukak akaun cds kat mana2 bank pelaburan. Bayar 10.60 jer... dah seminggu tu boleh la start melabur.. guna platform bank pelaburan korang tu untuk beli saham. Bila dah berjaya beli saham tu bermakna korang adalah rakan kongsi syarikat tersebut,,
Setiap tahun ada dividen, ada laporan kewangan yg korang akan dapat... tu la kelebihan sebagai pelabur.... bila perlu jual, korang jual la saham tu dan ambil untung...
Tapi tu kalau korang pelabur, nak buat duit betul2 maka jadilah pedagang saham macam aku ni haaa. Macam mana aku buat? Jenis aku tak main la peram saham sampai jadi pekasam. Untuk satu2 kaunter yg aku beli, aku beli dengan jumlah lot tak kurang dari 200 lot... kemudian aku tunggu setiap unit saham tu naik 1 sen atau setengah sen saja.. kalau saham tu naik lebih dari tu kira rezeki korang la. Satu lot saham ada 100 unit . Jika saham naik satu sen bagi setiap unit, maknanya satu lot korang akan untung RM1.00.... tu baru satu lot. Macam mana pulak dengan 200 lot yang korang dah beli tu? Maka untung korang adalah RM200.00 bagi satu kaunter saham. Macam mana pula kalau korang ada 5 kaunter saham dan proses jual belinya dibuat secara rutin harian ? Ni ka rahsia pemain saham buat duit. Tak gerak ke mana, duduk baring atas katil pun boleh berniaga saham. Ada guru2 saham kedekut share rahsia ni. Sebab diorang jual ilmu ni dengan harga beribu ringgit. Ni biar aku ajar secara percuma. Gali lagi ilmu saham. Belajar cara kaji fundamental analysis dan teknikal  analysis.. kat youtube ramai guru ikhlas macam aku. Bajet 2017 dah dekat, bursa Malaysia pun baru lepasi tempoh pembetulan harga. Banyak kaunter dah murah, sekarang banyak carta dah mula naik secara uptrend. Aku ucapkan selamat berjaya. Ikhlas dari aku blogger parang pedang.. wasalam.

Tuesday 11 October 2016

Daulat tuanku

SULTAN MUHAMMAD V,
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang BAHARU.
Baginda dijangka mengangkat sumpah pada 6 Disember 2016. Mengikut sistem giliran yang diamalkan, baginda adalah pengganti kepada Sultan Abdul Halim, YDP Agong sekarang.
Duli Yang Mulia Sultan Kelantan itu juga sekarang ini menjawat jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Pegganti YDP Agong diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja petang tadi. Namun keputusan Rasmi berkenaan perkara tersebut Jumaat ini.
Allahuakbar. Daulat Tuanku.