.

.

Thursday 19 January 2017

Kenapa blog Parang Pedang 2 diwujudkan?

Parang Pedang blogspot merupakan sebuah laman blog asal yang beroperasi sejak sekian lama. Kewujudan blogger Parang Pedang bermula selepas pilihanraya ke 12 dimana parti komponen Barisan Nasional mengalami kekalahan yang teruk hingga menyebabkan beberapa buah negeri jatuh ke tangan pembangkang. Penulis melihat bahawa telah wujud cyber troopers dikalangan pembangkang yang menggunakan media siber sebagai senjata untuk menyerang kerajaan BN ketika itu.
Didalam mesyuarat cawangan UMNO penulis telah mencadangkan pembentukan sebuah laman web bagi menangkis serangan fitnah pihak pembangkang, tetapi sayangnya cadangan penulis dipatahkan oleh seorang ahli didalam mesyuarat yang berkeras mahu mengambil tugas tersebut atas alasan dia lebih tahu tentang dunia siber.
Sebulan berlalu tanpa ada apa apa tindakan segera menyebabkan penulis mengambil tindakan sendiri mewujudkan blog awal yang menggunakan nama umno rapat setia. Sekian waktu penulisan demi penulisan diterbitkan  hingga mendapat perhatian dari seorang blogger bergelar Sekupang Dua. Bersama beliau, penulis bergabung membentuk saf perang cyber bernama Perak Cyber Troopers.
Atas cadangan blogger Sekupang Dua juga, blog umno rapat setia bertukar nama kepada Parang Pedang. Sehingga sekitar 2016 blog Parang Pedang bergerak aktif dan terpaksa melabuhkan sauhnya akibat masalah teknikal.
Namun begitu, bahtera Parang Pedang tidak tenggelam begitu sahaja, kewujudan Parang Pedang 2 telah menggantikan blog Parang Pedang yang lama bagi meneruskan perjuangan. Bagi yang ingin membaca artikel Parang Pedang, bolehlah melayari kedua dua blog dibawah.
Parangpedang.blogspot.com
Parangpedang2.blogspot.com

No comments:

Post a Comment