.

.

Thursday 11 October 2018

Dron

Dron merupakan sejenis pesawat kawalan jauh bersaiz kecil. Kenapa sku pilih tajuk ini? Sebab aku melihat tugas dron kopter ini mampu mengambil alih tugas menjaga sempadan negara. Pada fikiran aku, dron mampu membuat kiraan jarak, koordinat serta mampu memberikan maklumat secara tepat.





Ditambah pula kemampuan dron bertindak secara senyap memandangkan saiznya yang kecil dan berada diudara. Walaubagaimana pun buat masa sekarang, dron hanya menjadi hobi bagi penggemarnya sahaja. Aku sendiri sedang merancang rekabentuk dron untuk diaplikadikan dengan teknologi automasi.



Sebabnya hanya satu, dron adalah sebuah peralatan multi function, dalam pelbagai tugas. Setakat ni sahaja dron telah melakukan pelbagai tugas merakam. Baru baru ni aku telah melihat satu teknologi dron yang sangat menakutkan. Tugas membunuh oleh dron bersaiz separuh tapak tangan. Bukan aku yang cipta tapi seorang jurutera telekomunikasi Amerika Syarikat.

Tapi rasanya elok la aku tak bincang tentang dron pembunuh tersebut. Matlamat aku adalah mereka cipta dron yang berfungsi menjaga keamanan negara. Antara yang aku fikirkan untuk teknologi dron ni ialah pengesan kehadiran objer melalui infra merah, mengukur koordinat sesuatu objek dari jarak stesen dron tersebut, teknologi caj semula dron tanpa wayar caj.. mungkin juga siren amaran yang dipasang pada dron.

Bukan mudah untuk merekabentuk teknologi sebegini. Tapi rasanya tak mustahil untuk dibina tebuan tanah ini bagi tujuan kebaikan.

No comments:

Post a Comment