.

.

Saturday, 29 September 2018

Sewa product Signature Sound

Apa tu Signature Sound? Ramai yang bertanya. Ok geng, sebelum tu aku nak pesan, ni bukan Iklan berbayar. Bukan juga diminta tapi aku nak promosikan syarikat ini berserta produknya disebabkan Aina Mahyudfin adalah antara artis ysng boleh korang ambil untuk function korang seperti orang kahwin, majlis hari jadi , perasmian kedai pejabat dan lain lain program.

Oh ya satu perkara lagi, Signature Sound ni ada sediakan sewa karaoke, emcee majlis dan peralatan audio. Kat dalam video ni ada disertakan address intagram Signature sound untuk korang hubungi.


 Nombor untuk korang hubungi

0124222249 Eipul
0162052436 wan
.......................................



Friday, 28 September 2018

Breakfast pukul 11 pagi.

Bila ko bangun lambat sebab tidur pun lambat , jadi la kes makan breakfadt pukul 11 pagi. Nasib baik rezeki pagi untuk aku masih ada. Tu pun aku rasa ni terus sekali dengan makan tengahari kot.



Aku mudah dengan cara hidup aku, asalkan aku makan. Apa pun tak kisah selain nasi. Sebab aku tak pernah set dalam fikiran aku yang makan nadi tu baru dikira makan. Orang eropah makan roti rlok je hidup. Yang penting dalam hidup kita ni ialah makan secara seimbang. Maksudnya, karbohidrat (roti, nasi , jagung atau bijirin), protein, dan vitamin mestilah mencukupi.

Aku kalau dilepaskan dalam hutan pun insyaallah tau iktiar hidup dengan berbekalkan parang pendek jer sebab aku pernah menjalani latihan out ward bound. Kau nak hidup, pandai-pandailah kau cari ikhtiar. Buluh dan tempurung kelapa jadi periuk, makan isi kelapa, buah pisang, umbut buluh, tangkap ikan cara primitif, makan kerang kerangan dan makan pucuk daun untuk sambung nyawa.

Jadi, tentang makan pagi lewat ni benda biasa bagi aku. Salah satu jimat kos hidup, ni la caranya. Yang penting , kau perlu minum secukupnya sebab tu keperluan nombor satu.

Ok geng, perut pun dah kemyang. Hari ni pun sabtu. Aku nak sambung rehat. Chow dulu..

Mat rempit jadi mat terap

Macam bangang jer, tapi tu la cara nak ajar budak rempit zaman sekarang. Kreatif jugak abang polis kita ni bertindak. Harap bebudak ni serik la yer... aku umur 17 tahun dulu (sekarang dah 35) paling hebat pun naik basikal mountain bike jer. Tak pernah sentuh motor. Tengok wayang sejauh 5 kilometer dari rumah, pergi kerja... dengan basikal jer.

Korang kecik kecik lagi dah merempit. Tu belum masuk yang merokok, hisap gam, minum beer, mabuk ketum. Gila betul korang zamam sekarang. Aku dengan geng budak lahir tahun 80an takde pun terpengaruh macam korang ni.

Ubah la perangai sikit, aku dengar tak lama lagi umur 18 dah boleh buang undi pilihanraya, kalau macam ni la perangai korang, jahanam Malaysia.

Geng pembaca nak tengok gambar budak rempit tu? Nah... kat bawah ni.


Bila si bujang duduk sorang kat rumah

Ni la cara aku makan. Bila malas nak ke dapur, kat tempat tidur pun ada oven untuk bakar berger. Jangan kata aku tak pandai masak. Dulu aku kerja jadi koki (tukang masak) di sebuah food court shopping compleh di Ipoh.

Apa korang nak makan? Semua jenis nasi goreng, char kuey tiaw, lauk pauk, nasi arab, nasi ayam, nasi biryani, nasi bukhari, nasi minyak, mi goreng, mi sup, mi udang, shell out? Mi kungfu? Boleh ajer.. aku tak tau nak sebut apa, tapi kalo korang sebut, memang aku buat. Tomyam? Sup ekor? Siakap 3 rasa? Ikan stim halia? Bisa diatur pak....

Ni memang kepakaran aku. Beberapa tahun dulu, aku cipta murtabak mi megi, nugget pataya. Mungkin sebab aku minat masakan. Yang peliknya masa belajar kemahiran hidup dulu aku tak minat ERT. Dulu aku ambil bidang pertanian. Memang expert main ladang jagung mini kat sekolah, kebun sekolah penuh dengan bendi, terung, labu. Semuanya segar belaka. Ternak puyih pun aku tahu sebab dulu memang sekolah aku ada buat projek ternakan puyuh. Cukup masa, sembelih buat kari. Jamu cikgu sekolah.

Itu la aku lebih gemar bab masakan. Satu lagi, banyak masakan aku berasaskan rempah. Sebab aku menguasai masakan timur dan india sebanyak 90 peratus berbanding masakan melayu. Apa pun tujuan oven ni kat tempat tidur aku adalsh memudahkan aku makan. Jarang aku nak keluar rumah.

Ok, genb... berger dah siap. Aku makan dulu yer..


Gempa di Sulawesi

https://youtu.be/SHbvSGAUkZk

Kita baru saja fikejutkan dengan berita sedih tentang gempa bumi berukuran 7.7 skala rithcer di Sulawesi. Berita tersebut lini tersebar dan liputan telah dibuat. Saudara saudara kita disana amat mengharapkan simpati dan doa dari kita disini.

Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Kepada mereka yang terkorban dalam tragedi ini, marilah sama sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka.

Al Fatihah..

https://youtu.be/SHbvSGAUkZk

Wednesday, 26 September 2018

Melayan Bigo Aina Mahyuddin



Aku ni memang peminat Aina Mahyuddin, seorang artis BIGO yang bergiat aktif sebagai penyanyi. Aina kini yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di sebuah IPT. Suara lunak beliau yang sempat aku rakam mungkin holeh mengubat rindu kerana Aina kini sedang sibuk belajar telah mengurangkan aktiviti nyanyian beliai di Bigo. Untuk pengetahuan korang.. Aina akan live sekitar antara jam 11 malam dan 12 malam.. Hari sahaja tak tentu, jadi kena la rajin hukak Bigo page Aina Mahyuddin. Search jer nama ni dan paparan wall Aina akan muncul.

Ok geng, tanpa membuang masa, jom layan sesi live Aina Mahyuddin yang sempat aku rakam ni......



Satu kelebihan tiap kali nak end live video.. Aina akan akhiri dengan bacaan zikir hasbirobbi jallah.. ni pun aku ada rakam.. jom dengan..



Setakat ni aku paling banyak habiskan masa menonton room Aina Mahyuddin sebab. Dia tak sombong untuk berbual dengan peminatnya.. ok la geng.. aku nak layan Aina punya video ni.. jumpa lagi...


AINA MAHYUDDIN

RAHSIA LELAKI.

Inilah Tanda-Tanda Seorang Lelaki Menyayangi Pasangannya, Tapi Ramai Wanita Tidak Faham..

Apabila seorang lelaki betul-betul jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap kera selama ini tiba-tiba jadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan sanggup buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun lelaki, dia akan mengalirkan air mata bila hatinya dilukai.
Video Player
00:00
00:00
Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan atas pengorbanan yang dibuat oleh lelaki itu. Sekiranya korang sedar teman lelaki tu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi korang dengan rela hati, ternyata korang tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah seorang yang berdamping dengan korang sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan, tapi atas dasar cinta yang sebenar. Tahu tak korang beruntung sebenarnya.
Selain itu, kalau teman lelaki korang sentiasa buat hati korang senang dan terhibur, itu tandanya si dia inginkan perhubungan yang serius dari korang. Dah tentu dalam sesebuah hubungan kita mahukan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenangkan. Jadi tak peliklah lelaki macam ni sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya.
Pada dia, dah jadi tanggungjawab untuk dirinya buat orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur. Janganlah pulak korang anggap teman lelaki tu seorang yang kuat membebel sekirany setiap masa dia cuba memberi korang nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang disayangi supaya hubungan yang ada berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia sangat menyayangi hubugnan antara korang.
Jadi bukakanlah hati untuk menerima tegurannya, yang baik dijadikan teladan yang buruk abaikan saja. Kalau hati dah sayang, maka macam-macamlah yang akan korang fikirkan termasuklah bimbang takut kehilangannya. Begitu juga bila teman lelaki menyatakan dia selalu memikirkan dan merisaiukan kesudahan hubungan korang. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengai hubungan korang dan bagaiman untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu saja.
Setiap saat bagi dia amatlah bermakna ditambah dengan kerisauan yang melampau, sedangkan kami senang hati memikirkan “aku hot, cantik kot, ramai lagi lelaki kat dunia ni”. Kalau boleh biarkanlah sesuatu perhubungan itu kejinjang pelamin, barulah berbaloi!
Nampak kelakar, tapi itulah hakikatnya bila teman lelaki korang berperangai tak ubah macam budak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian dari korang. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih dari orang lain yang pernah korang sayang. Kalau dia merajuk hatu, cubalah pujuk. Jangan pula korang sangka sifat manja si dia itu mengada-nganda. Byukan senang lelaki nak ubah sikap machonya kepada lelaki yang berpewatakan manja.
Hanya untuk orang yang disayangi sahaja, percayalah korang menghadapi masalah dan orang pertama datang tolong adalah teman lelaki korang. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup buat apa je asalkan korang senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya.. contoh korang beritahu yang korang akan pergi ke sesuatu tempat untuk jangka masa yang lama. Tiba-tiba si dia jadi menggelabah, korang boleh tengok reaksinya masa tu. Itu tandanya si di lansung tak boleh berjauhan dengan korang dan korang tidak perlu ragukan tentang kesetiaannya.
Sekiranya temana lelaki kami sentiasa tanyakan “awak masih sayang saya? Jangan anggap soalan itu sesuatu yang membosankan. Itu tandanya si dia taknak kasih sayang korang kepadanya luntur. Sebab itu je lah ayat yang mahu didengarinya berulang-ulang kali supaya korang tahu betapa si dia mahu korang sentiasa ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya, walaupun berlum mempunyai ikatan sah, ia sebagai dorongan kepadanya agar lebih bersedia dan bersemangat memulakan hidup bersama korang. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.
Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang wanita. Tak ke korang terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata untuk korang? Kasih sayang pada korang melebihi segalanya, sayang pada manusia lain dengan sayang kepada Tuhan, sayang kepada agama. Korang akan menyesal dengan ketulusan hatinya kalau korang menolah cintanya, kerana airmata lelaki umpama sebutir berlian, hanya kehangatan melampau sahaja yang mampu mencairkannya.
Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga dengan teman lelaki korang, tidak lari dari buat silap dan kadan-kadang buat korang kecik hati. Tapi kalau si dia nak berubah, itu satu perkta yang baik dan korang perlu sokong dia. Berikan masa untuk dia. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi korang, itu satu perkara yang baik. Janganlah korang mencari pengganti si dia semata-mata korang kecik hari dengannya.
Dan korang pasti ke pengganti tu mampi bahagiakan korang? Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia sayangkan korang, betapa si dia lebih pentingkan diri korang dari dirinya sendiri. Apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk korang. Asalkan korang selesa dan rasa selamat setiap kali bersama dengannya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadannya. Berikan diri korang peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki. Kesempurnaan susah nak dicari, tapi ketelusan akan dapat diberikan kalau korang juga betul-betul tulus menyayanginya.
Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau korang rasa pasangan korang banyak kekurangan dan selalu sakitkan hari korang lalu koran pon cari penggantinya, alasan korang dah tak serasi dan dah takda hari, dah tawar hati.
Korang pula macam mana? Adakah korang itu tak pernah buat silap? Adakah korang tak pernah sakitkan hari pasangan korang? adakah korang ini setaraf dengan Siti Khadijah? Setelus Zulaikha? Sekuat Sumaiyyah? Semulia Aisyah? Jangan biarkan ego kuasai perasaan kalau korang tidak pasti akan menyesal satu hari nanti. Korang sering menyalahkan lelaki bahawa lelaki lah paling kuat egonya..
Walhal manusia semua sama, ada perasaan itu dalam setiap diri masing-masing. Mungkin pasangan korang tu tak sempurna, tapi kalau korang dapat merasai keikhlasannya itu lebih baik. Dan keikhlasan itu tidak boleh dibuat. Tapi boleh dirasai dengan hati. Tuhan menciptakan lelaki dan wanita itu berpasangan, bukan untuk menyakiti dan disakiti. Sebaiknya kita redha dan tawakal atas sedala dugaan dan cabaran dalam hidup bersama pasangan. Jangan beri harapan kalau hari kita tidak sukakannya, lebih baik berterus terang dari terus mencemarkannya.

Tuesday, 25 September 2018

Cara saya guna claude untuk dapatkan Legendary dan MVP dalam mobile legend


Sembang pun tak guna. Jom tonton video ni..


Nikahi sesiapa saja yang dihalalkan untuk kamu tanpa mengira darjat.

Sejak kebelakangan ini kita lihat semakin ramai dari kalangan lelaki dan perempuan hidup membujang hingga ke usia tua. Kenapa boleh jadi demikian? Terlalu banyak faktor yang menjadi punca ini. Pilihan ibu bapa yang terlalu ketat syaratnya, hantaran tinggi, masalah pengangguran. Bahkan ada dikalangan kita yang hilang identiti . Muncul la lelaki tiruan dan perempuan tiruan.

Lalu timbul la kelompok LGBT. Atas sebab demikian telah diwajibkan keatas lelaki dan perempuan untuk berkahwin bagi mengelak maksiat. Perlukah dilihat dari segi taraf? Ya perlu, tetapi itu bukan penghalang jika nak bernikah. Dari segi rezeki, Allah akan mdncukupkan bagi mereka yang bernikah.

Para wali juga perlu memainkan peranan memudahkan urusan pernikahan kerana ia suatu tuntutan syariat. Adalah menjadi satu adat pertengkaran sering berlaku dikalangan suami isteri, namun begitu, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri.

Kepada yang baru mendirikan rumah tangga aku ucapkan selamat pengantin baru. Bagi yang belum, semoga cepat sampai jodoh..

Oh ya, aku pun nak buat promosi, aku ni bujang lagi. Sapa sudi boleh call 0124536858 untuk berkenalan 😛😛😛😛

Pinjam gambar member. Terima kasih facebooker Hanaruddin Baharuddin


Monday, 24 September 2018

Terpukau dengan gadis bunian. Sesat dalam hutan.

Sekarang ni tengah hot cerita pendaki hilang dijaga gadis cantik. Nampak macam pendaki tersebut berhalusinasi. Tapi itu tak mustahil sebab benda ni biasa terjadi. Kita jangan lupa hidup ni bukan kita je yang jadi penghuni bumi. Ada satu lagi alam yang mana kita boleh tersedut ke dalamnya dan makhluk alam tu juga boleh menjelma di alam kita.

Aku taknak cerita panjang tentang cara Stanley si pendaki tu hilang sebab korang boleh jumpa dalam portal berita dan blog. Yang aku nak sampaikan kat sini, ambil langkah berhati hati kat hutan. Jangan la bila nampak perempuan cantik terus korang jadi jantan macho nak ikut dia. Adab dalam hutan pun kena jaga sebab bila maduk hutan, binatang karnivor akan anggap korang sebagai hidangan mereka.

Apa pun sebagai orang Islam. Kita sentiasa bertawakal pada Allah supaya terhindar dari bahaya hutan serta godaan syaitan.


Sumpah ! Dalam mobile legend, aku tak tahu guna fighter

Mungkin orang boleh gelak kat aku, tapi ni la hakikatnya. Aku langsung tak pandai guna watak fighter. Dan mungkin jugak aku asyik kena buli dek marksman bila guna fighter atau charger.

Kalau guna tank pun aku kalah sebab aku tak pandai bertukar jadi tank. Tapi bagi la aku guna nana atau claude, konpom team aku menang.. biasanya aku yang tamatkan permainan.


Kalau tak silap aku, bukan sikit grand master dan legendary yang follow aku. Sebab aku bukan jenis sellfish nak cari buff atau turtle dulu. Konsep aku, pertahankan turret sendiri dan musnahkan turret musuh. Kadang kadang kalah jugak bila ada team badihol pergi cari turret dan biarkan team sendiri kena serang. Kalo jenis tu aku nak ajar senang jer. Di mintak request backup pun aku buat kering jer.

Kat bawah ni adalah watak yang aku paling suka selain watak Nana.Watak yang dimaksudkan ialah CLAUDE. Dua watak berbeza tapi ada fungsi sendiri. NANA memang beban tapi penuh muslihat untuk buat huru hara musuh. claude pulak bergerak pantas dan ada kembar monyetnya sebagai senjata.
Ok geng, aku nak sambung main Mobile Legend. Korang try la main. Memang best.


Perut boroi, muka pecah tapi awek keliling pinggang?

Isu panas ni. Tapi percaya la aku tak tipu benda ni boleh terjadi. Cuma aku jer tak pasang awek keliling pinggang. Satu cukup la. Nak jaga satu punsetengah mati. Pasang banyak takut tak cukup tanah jer nak lari.

Muka pecah seribu? Poket nipis? Perut boroi? Yo ! Konpom awek lari taknak dekat. Tapi aku sepanjangbperut aku ke depan, orang pompuan yang face to face dengan aku semuanya lagi nak duduk rapat pegang pegang aku ada la walaupun dalam facebook diorang tengok aku macam pandang seekor monyet jer.

Rahsia aku ialah benda ni. Bukan sebarang minyak wangi. Tapi ia mengandungi feromon pemikat. Aku pengumpul koleksi minyak wangi feromon. Tak main la minyak wangi kat supermarket tu. Gah diiklan tv tapi hampeh bila depan makwe. Betul , hidung perempuan ni boleh detect feromon yang ada pada badan lelaki. Jadi ingat la apa yang ingin aku cakapkan ni.. kalo lelaki tu muka pecah dan perut boroi tapi korang suka dia maknanya korang dah masuk perangkap feromon yang dipasang lelaki tersebut.

Bak kata orang. Menyerah diri aje la untuk jadi pakwe dia. Ok bye. Rahsia dah bocor....


Lagu baby shark boleh memanggil anak yang hilang dipasaraya?


Mungkin nampak bodoh idea aku ni. Tapi percaya la ni idea paling best. Dsebab majoriti budak sangat kenal dengan lagu ni. Pastinya diorang akan berkejar ke pentas walaupun takde persembahan dibuat.

Lagu baby shark ni sangat popular dikalangan budak budak. Diorang siap hafal step tarian baby shark ni lagi. Tak percaya? Try la pasang lagu ni.


Alahai nasib kucing

Kucing adalah sejenis haiwan bersifat karnivor. Ye la, kucing mana ada makan sayur kan... kalau ada tu dah kira kucing hilang identiti. Tajuk kali ni kita bukan nak sembang bab makanan kucing, tapi nasib kucing kucing sama ada yang dipelihara mahupun kucing jalanan.

Sejak kebelakangan ni ada saja kes penyiksaan terhadap kucing yang berlaku. Yang terbaru lagi, kes kucing yang mati dalam mesin pengering. Kerja kerja mengering kucing yang dilakukan oleh tiga ekor syaitan merupakan satu perbuan yang tak boleh kita maafkan. Sanggup berhabis RM 7.00 semata mata nak membunuh kucing yang sedang sarat mengandung.

Sorry, gambar tu korang boleh cari dalam google search, aku takkan tunjuk kat sini sebab tak sampai hati. Daripada guna duit mengering kucing tu, kan elok dibeli makan pada kucing tu.. RM7.00 tu boleh bekalkan makanan untuk beberapa hari bagi seekor kucing.

Kalau korang fikir kucing tu tak bermanfaat untuk korang, fikirkan dosa pahala dengan tuhan. Korang geri makan kucing, korang dapat pahala sedekah. Korang bunuh kucing, korang dapat dosa membunuh.

Tak suka kucing? Tak perlu la pegang, cukup diberi makan dan jangan dipukul kucing tu. Tapi selalunya lepas makan kucing tu akan menggeselkan badannya kat korang tanda terima kasih..

Ni bawah ni aku sertakan gambar kucing termasuk la salah seekornya kucing member aku.. comel kan?






Bertaubatlah dari sifat lesbian gay bisexual dan transexual

Bila diingatkan dari kisah Rasulullah Salallahualaihiwassalam tatkala menghadapi gempa bumi, baginda menyeru umatnya supaya bertaubat dari maksiat. Begitu juga ketika zaman kgalifah Umar al Khattab dan zaman khalifah Umar Abdul Aziz.

Gempa dikatakan dari sudut sains sebagai pertembungan antara kerak bumi. Tetapi melihat dari sudut kerohanian, ia merupakan satu peringatann dari Allah Azzwajala terhadap kita atas maksiat yang berlaku. Tambaha pula negara kita nampaknya lengkap pakej rumah pelacur, kilang arah, pusat judi. Kita ditambah pula dengan budaya LGBT. Perlu diingat, LGBT ni bukan isu politik tapi isu moral yang kita mesti tangani bersama.

Sedangkan dibumi para nabi pun sudah ditimpa gempa bumi, apatah lagi tempat kita Malaysia? Sedangkan dilanda tsunami pun kita dah parah, bagaimana pula kalau dilanda gempa? Cukup data internet? Guna wifi? Jom dengar ceramah ustaz dar indonesia ni.. agak menarik.. kalau tak menarik, sila check hati kita takut takut ada sifat hati mati dalam diri kita. Ok geng, selamat menonton.

Sunday, 23 September 2018

AINA MAHYUDDIN , PENYANYI YANG BAKAL MENCIPTA NAMA.

Didunia penyiaran mungkin ramai yang tidak mengenali beliau. Tetapi tidak pada dunia Bigo, juga sebagai peserta I can See Your Voice minggu ke 6 (peneroka kafein). Beliau dikenali sebagai seorang penghibur dengan lontaran suara merdunya. Aku sendiri merupakan peminat Aina mahyuddin sebab wajahnya yang agak babyface. Sangat comel.



Nama betul beliau adalah Amirathul Aina Binti Mahyuddin. Berasal dari Shah Alam selangor. Pada hari ini 23 September adalah ulangtahun kelahiran beliau. Umur Aina? Kena tanya Aina sendiri la..

Mungkin kita tak kenal Aina, tapi rasanya geng bas sekolah Astro Ceria mesti korang ingat kan? Aina ni adalah adik kepada salah seorang pelakon geng bas sekolah tu. Tengok yang pandai taekwondo tu, itulah abang kepada Aina.
Ok geng, kini Aina sedang melanjutkan pelajarannya di sebuah IPT. Bidang muzik major vokal minor piano.

Dikhabarkan Aina telah memiliki lagu sendiri, sama-sama kita nantikan. Ok, hari ni birthday Aina. Jadi aku nak lampirkan lagu birthday untuk Aina. Akhir kata semoga usia yang meningkat ini bakal menyerlahkan sinar Aina Mahyuddin dalam bidang yang diceburinya. Aamiin..



Follow bigo Aina

Nama : Aina Mahyuddin
I.d: 141500274

SEKIAN LAMA MENYEPI DARI BLOG

Hai geng. Assalamualaikum. Selamat bertemu kembali.. lama dah aku tak menulis blog. Ye la sejak BN kalah ni. Aku dah mula tawar hati nak tulis apa2 dah. Cukup la aku dah puas menulis dalam blog parangpedang.blogspot.com dulu, penuh cerita politik. Dalam blog parang pedang 2 ni aku ingat nak ambil artikel bab artis, makanan dan tempat menarik jer.. mungkin bab saham, forex dan binary option pun aku selit sikit.

Geng, mungkin dunia blog dah tak ramai orang minat. Sebab facebook, instagram dan tweeter jadi pilihan. Ditambah pulak dengan Bigo,tiktok dan we chat yang dah berlambak orang join sampai aku sendiri pun  terikut dan tinggalkan dunia blog ni.

Ok, aku ingat nak mula balik menulis blog dan harap korang boleh support aku. Bukan aku mintak duit pun. Mintak korang baca jer. Dan lepas ni konpom korang tak berbulu dengan aku dah sebab takkan ada cerita politik macam dulu.

Kali ni aku akan jadi lidah kepada artis baru nak up, tempat menarik yang baru diupgrade , tempat makan best, mungkin juga video best dari youtube..
Yangnpasti bukan cerita politik yang semakin bodoh sekarang.

Oh yer, aku juga akan masukkan bab kerohanian jiga untuk santapan jiwa kita bersama. Boleh dikatakan blog aku kali ni berwajah baru. Cuma jenama jer parang pedang. Ok geng, salam kasih salam sayang daripada aku khas buat korang... jumpa lagi. Assalamualaikum.....