Ni la cara aku makan. Bila malas nak ke dapur, kat tempat tidur pun ada oven untuk bakar berger. Jangan kata aku tak pandai masak. Dulu aku kerja jadi koki (tukang masak) di sebuah food court shopping compleh di Ipoh.
Apa korang nak makan? Semua jenis nasi goreng, char kuey tiaw, lauk pauk, nasi arab, nasi ayam, nasi biryani, nasi bukhari, nasi minyak, mi goreng, mi sup, mi udang, shell out? Mi kungfu? Boleh ajer.. aku tak tau nak sebut apa, tapi kalo korang sebut, memang aku buat. Tomyam? Sup ekor? Siakap 3 rasa? Ikan stim halia? Bisa diatur pak....
Ni memang kepakaran aku. Beberapa tahun dulu, aku cipta murtabak mi megi, nugget pataya. Mungkin sebab aku minat masakan. Yang peliknya masa belajar kemahiran hidup dulu aku tak minat ERT. Dulu aku ambil bidang pertanian. Memang expert main ladang jagung mini kat sekolah, kebun sekolah penuh dengan bendi, terung, labu. Semuanya segar belaka. Ternak puyih pun aku tahu sebab dulu memang sekolah aku ada buat projek ternakan puyuh. Cukup masa, sembelih buat kari. Jamu cikgu sekolah.
Itu la aku lebih gemar bab masakan. Satu lagi, banyak masakan aku berasaskan rempah. Sebab aku menguasai masakan timur dan india sebanyak 90 peratus berbanding masakan melayu. Apa pun tujuan oven ni kat tempat tidur aku adalsh memudahkan aku makan. Jarang aku nak keluar rumah.
Ok, genb... berger dah siap. Aku makan dulu yer..
No comments:
Post a Comment