Lahir: 19 Julai 1926
Meninggal : 13 November 2011
Pekerjaan: tentera darat Rejimen Askar Melayu Diraja
Tamat tugas: kem 2 briged jalan HB Ipoh.
Major Abdullah adalah seorang tentera darat yang melalui zaman beliau sebagai penentang komunis. Mungkin disebabkan nama beliau tidaklah sehebat leftenan Adnan dan kanang. Akan tetapi sepanjang 10 tahun terakhir hayat beliau, aku sentiasa berada disi Major Abdullah bagi membantunya dalam urusan seharian. Termasuklah sebagai pengawal peribadi beliau.
Sebenarnya Major Abdullah adalah datuk aku sebelah ibu. Nama sebenar aku juga terbentuk dari cadangan beliau sendiri. Orang yang mengazankan aku ketika aku dilahirkan (diceritakan oleh nenek dan ibu). Semenjak kecil aku telah tinggal bersama datuk aku. Dijaga dengan penuh kasih sayang walau pun beliau seorang yang tegas.
Sepanjang berada bersama beliau, pelbagai inspirasi diberikan kepada aku untuk menjadi kuat. Sesuailah dengan gelaran belisu sebagai camp commandant di Briged 2 RAMD.
Namun begitu jauh disudut hati beliau kisah hitam yang serongkali diulang cerita kepadaku tentang peristiwa ambush di Bakelalan Sarawak. Beberapa orang rakan setugasnya terkorban dalam ambush tersebut. Serangan dilakukannoleh pengganas komunis Indonesia pimpinan Sukarno. Ketika peristiwa berlaku, beliau dan beberapa rakannya berada diluar kem. Kesemua yang berada dalam kem telah terkorban. Beliau sendiri mengiringi jenazah rakannya pulang ke semenanjung. Hingga saat akhir beliau beliau terus bercerita tentang kejahatan komunis.
Dilahirkan di Kampung Kota Bharu Gopeng, Perak. Major Abdullah seringkali berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain mengikut tempat bertugas yang ditetapkan. Major Abdullah mempunyai anak seramai 5 orang hasil daripada perkahwinan dengan Noraini Harun
Selain daripada aktiviti ketenteraan yang diceburi beliau, Major Abdullah juga aktif dalam politik dan bergiat cergas dalam koperasi. Beliau juga menjadi Pengerusi Masjid Sultan Yusdof Rapat Setia Ipoh selama beberapa tahun hingga saat akhir beliau.
Selama berada bersama beliau, aku sangat berbangga dengan apa yang Major Abdullah lakukan. Berdisiplin, tegas dan memiliki kadih sayang terhafap keluarga serta rakan-rakan. Bila mengenang semula kisah Major Abdullah, banyak kenangan manis bersama beliau. Semoga Roh Major Abdullah dicucuri rahmat atas segala jasanya.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment