.

.

Saturday, 8 December 2018

Perhimpunan bersejarah 2018 Tolak ICERD



Disebabkan ini bukan isu politik dengan senang hatinya aku ingin menulis kat sini tentang perhimpunan tolak ICERD 8 Disember 2018. Perhimpunan yang melibatkan seluruh umat Islam ini berlansung didataran merdeka. Namun begitu tidak semua dapat masuk ke dataran merdeka termasuk aku disebabkan keadaan yang terlalu sesak. Tu pun aku bagitau kawan aku nak balik awal sebab tunggu pun tak dap dengar ucapan dari dataran merdeka.

 Suasana sangat sesak kerana peserta yang datang dari pelbagai negeri. Yang pasti sahabat bloggerku. Kami yang hadir bukan dari UMNO dan PAS sahaja. NGO juga terlibat. Bertapa meriahnya Kuala Lumpur hari ini. Cuma yang aku kesali ialah tidak dibenarkan bawa gadget telekomunikasi. Maklumlah keadaan bercelaru, hanya bawa dokumen pengenalan diri dan wang belanja saja.

Ketika menulis blog ini aku dalam perjalanan balik ke Ipoh semula. Tak boleh tunggu lama. Makan pun singgah drive thru mac D shah alam. Sebab turunkan penumpang di sini.

Blog ini aku tulis menggunakan telefon seorang member satu hala ke ipoh. Thank bro .. baru kenal kenal, lepas ni boleh la jumpa bila ko turun dati Sri Iskandar nanti. Aku takde gambar sendiri. Cuma tempek muka bila bergambar dengan orang yang nak tangkap gambar dengan aku jer. Orang special kot sebab ada kaki 6. Satu kaki original, satu kaki palsu dan 4 kaki walking frame. Aku tak gerak jauh pun , tu pun banyak duduk tepi tembok yang rendah sebab penat.

Ok geng takat ni jer artikel aku. Kita jumpa lagi dengan artikel yang lain. Jumpa lagi...



No comments:

Post a Comment