.

.

Wednesday, 1 March 2017

Fakta sebenar 50 peratus petronas dan Aramco

Saiful Bahari Baharom:
Ada orang yang mengatakan Kerajaan menjual Malaysia dengan pembelian 50% projek prosesan minyak Pengerang oleh Saudi Aramco.

Respons ini adalah emosional semata-mata, sepertimana respons-respons dumb losers pihak pembangkang yang lain - tidak berasas dan tidak bermakna.

1. Projek RAPID hanyalah sebahagian,
suatu komponen dari Kompleks Bersepadu Pengerang.

Projek Pengerang Integrated Complex di Pengerang sebenarnya adalah lebih besar dengan jumlah pelaburan USD27bn  atau RM120bn.

Maka, komponen yang di beli 50%.  oleh Saudi Aramco adalah Petronas RAPID dengan harga USD7bn.

2. Saudi Aramco adalah syarikat minyak yang terbesar di dunia. Dengan pertalian pelaburan ini, Petronas akan mendapat menjalinkan kerjasama dengan Aramco dengan lebih luas lagi, umpamanya mendapat akses kepada usaha research & development.

3. Walaupun kita menganggap Petronas adalah suatu syarikat gergasi, sebenarnya Petronas adalah sebuah syarikat petroleum yang sederhana di kalangan syarikat-syarikat minyak di dunia.

Dengan pelaburan ini, Petronas akan berbiras dengan Aramco. Maka, Petronas berpeluang mengadakan partnership di dalam projek-projek minyak & gas lain di serata dunia, mengadakan partnership di dalam pelbagai cabang seperti pemasaran produk-produk downstream, membida blok-blok minyak dan gas di peringkat antarabangsa dan lain-lain.

3. Petronas akan mendapat USD7.0bn atau RM31bn dari jualan 50% saham ini. Dengan wang tunai ini, Petronas boleh melabur di dalam projek-projek lain.

Bukannya Aramco dapat free atau di jual dengan harga diskaun.

Akhir kata, reaksi pembangkang adalah reaksi yang datang dari mereka yang tidak berfikiran luas, tidak berpelajaran, uneducated fools, otak mereka melantun knee-jerk reaction kepada suatu kesimpulan yang simplistic dan jakun.

No comments:

Post a Comment