.

.

Wednesday, 1 March 2017

Pentingnya SOCSO (PERKESO)

PERKESO atau SOCSO 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL PEKERJA


Ingat logo diatas kerana anda akan perlukannya suatu hari nanti. 

Kenapa Parang Pedang cakap PERKESO penting? Bukan bodoh bodoh Parang Pedang tekankan bab PERKESO ni. Bulan 4 tahun lalu  kaki kiri Parang Pedang telah dipotong akibat kencing manis, soalan pertama ditanya doktor ialah kerja kerajaan atau swasta. Soalan kedua pula ditanya sama ada insurans atau tak. Tentulah takde.. akhir sekali ditanya sama ada carum dalam PERKESO atau tak..
Parang Pedang ni on off kerja sebab sakit kencing manis kronik. Ada time tumbang kat tempat kerja, ada satu masa tu nak gerak badan pun dah tak boleh dah.
Kumpul kumpul, dapatlah 22 bulan carum PERKESO. Bulan yang lain tu Parang Pedang kerja ambil upah saja. Maka tak adalah mencarum.
Berkenaan PERKESO ni Parang Pedang dapat tahu pada bulan Disember tahun lepas apabila menghidap sakit buah pinggang. Tiada insurans, tak kerja kerajaan dan toada simpanan. Doktor terus tanya sama ada ada caruman PERKESO mencapai setahun atau tak... tambah tolak bahagi darab segala syarikat yang Parang Pedang kerja maka cukuplah 22 bulan.
Setelah bermesyuarat dengan jemaah doktor, Parang Pedang dipanggil wakil PERKESO ke pejabat. Difahamkan bahawa Parang Pedang layak untuk pembiayaan dialisis. Walau bagaimana pun, tidak layak untuk pencen ilat sebanyak 400.00 mengikut nisbah dari nilai caruman kerana tidak mencarum melebihi 24 bulan. Hanya dapat wang pampasan caruman saja secara one off.
Nasihat Parang Pedang, pastikan majikan anda mencarum nama anda di Perkeso kerana situasi ini bakal terjadi kepada anda. Bagi majikan pula ingat amaran ini.... dokumen anda bakal digali bermula dari tarikh penubuhan syarikat hingga tarikh aduan dibuat oleh pekerja. Selama mana anda menggaji perkerja tetapi tidak mencarum, maka sejumlah itulah anda terpaksa membayar kepada PERKESO selain daripada denda saman yang dikenakan.
Buat pekerja yang menerima gaji.. pastikan anda ada tiga benda ni yang ber'cop' syarikat.. bertandatangan majikan
Surat tawaran berkerja, slip gaji bulanan dan surat berhenti rasmi.
Jika tiada surat tawaran kerja bermakna anda bukan pekerja syarikat tersebut dan jika tiada surat rasmi pemecatan bermakna anda belum diberhentikan. Pastikan anda bukan mangsa pecat kurang dari 3 bulan dari tempoh notis pemecatan dikeluarkan atau tidak menerima pampasan 3 bulan senilai gaji anda. Jika berlaku sila rujuk PERKESO.
TITIK PELUH ANDA, HAK ANDA.

No comments:

Post a Comment