.

.

Friday, 3 March 2017

Malaysia tak pernah gagal, Pembangkang yang mahu gagalkan Malaysia




Saban waktu, ledakan demi ledakan kejayaan telah mula kelihatan terhadap pembangunan Malaysia hasil usaha kerajaan pusat sejak dahulu. Mungkin pada awalnya kelihatan seolah olah kerajaan melakukan tekanan terhadap rakyat sedangkan tindakan ini bertujuan memberikan keselesaan untuk semua.
Bayangkan dahulu rakyat sangat benci kepada cukai gst, namun begitu aliran hasil gst tersebut digunakan bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Saya beri contoh, MRT yang baru dibina baru baru ini sangat memudahkan perjalanan rakyat dimana laluan keretapi dari Sg Buloh ke Kajang dibina untuk pelbagai perjalanan. Bayangkan jika anda menaiki kereta dari Sungai Buloh ke Kajang, berapakah kos petrol yang digunakan? Tambahan pula jika anda memandu berseorangan tanpa membawa penumpang dan barang.
Benar, kerajaan boleh menidakkan cukai gst ini. Tetapi sanggupkah negara menanggung beban hutang yang tak terbayar sejak zaman pemimpin terdahulu? Tanggungan hutang negara terhadap pihak lain boleh saja mengakibatkan negara bankrap. Akhirnya pihak luar pada bila bila masa boleh menguasai kita secara terancang.
Inilah isu yang dimainkan oleh pembangkang apabila melihat negara mula terbeban oleh hutang lampau, ditambah pula dengan tindakan kerajaan memulakan langkah pencegahan beban hutang negara. Apa yang pembangkang lakukan ialah dengan menghimpit kerajaan dengan pelbagai isu melibatkan dua perkara utama ini. Rakyat mula dilagakan dengan masalah hutang negara dan dilagakan juga dengan masalah hutang gst.
Dulu seorang ahli PKR, Rafizi Ramli menghimpit masalah harga minyak. Kemudian apabila kerajaan mengapungkan harga minyak setiap sebulan sekali, maka dia sekali lagi memainkan isu harga minyak tidak stabil pula. Kemudian di dalam Parlimen tidak lama dulu, dia memberikan satu cadangan paling bodoh supaya dilakukan rombakan harga pada setiap kenderaan, setiap liter minyak yang diisi. Jika dilakukan cadangan ini bermakna pengusaha minyak dan pemilik kenderaan akan bertambah keliru. Sangat bodoh.
Pembangkang cuba menyeret rakyat Malaysia ke arah sistem pentadbiran seperti Singapura yang mana rakyatnya sendiri amat terbeban dengan cara hidup disana. Dengan parti pemerintah Singapura sebagai mentor kepada kepala parti pembangkang disini, pelbagao strategi jahat dirancang.
Kini rakyat boleh lihat, satu demi satu negara besar dari luar telah membuka peluang pelaburan di Malaysia kerana melihat potensi kemajuan negara pada masa akan datang. Wawasan 2020 harus disambung dengan TN50 supaya pembangunan tidak terhenti setakat tahun 2020 sahaja.
Jika wawasan 2020 sudah ada MRT. Apa pula kecanggihan dengan TN50 nanti? Mungkinkah kereta tanpa pemandu? Kereta berkuasa elektrik 100% dijalan raya tanpa ada penggunaan minyak petrol ? Robot pintar menggantikan tugas pembantu rumah? Ini semua tidak mustahil. Bayangkan bermula sekitar tahun 2000 kita sudah mula kenal handphone, dalam menuju tahun 2020 smartphone telah mula berkembang. Dari teknologi 3D , kini telah mula wujud 7D. Apa pula bakal terjadi lagi 30 tahun?
Kita sebenarnya semakin berjaya, bukan semakin mundur. Hanya suara pembangkang yang mengatakan kita mundur kerana mereka tidak mahu kejayaan Malaysia akan datang dicop sebagai hasil usaha kerajaan sekarang.
Teruskan menyokong kerajaan pimpinan sekarang kerana kami tahu bahawa ini semua datang dari hasil titik peluh rakyat.

No comments:

Post a Comment