Apabila seorang lelaki betul-betul jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap kera selama ini tiba-tiba jadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan sanggup buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun lelaki, dia akan mengalirkan air mata bila hatinya dilukai.
Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan atas pengorbanan yang dibuat oleh lelaki itu. Sekiranya korang sedar teman lelaki tu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi korang dengan rela hati, ternyata korang tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah seorang yang berdamping dengan korang sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan, tapi atas dasar cinta yang sebenar. Tahu tak korang beruntung sebenarnya.
Selain itu, kalau teman lelaki korang sentiasa buat hati korang senang dan terhibur, itu tandanya si dia inginkan perhubungan yang serius dari korang. Dah tentu dalam sesebuah hubungan kita mahukan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenangkan. Jadi tak peliklah lelaki macam ni sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya.
Pada dia, dah jadi tanggungjawab untuk dirinya buat orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur. Janganlah pulak korang anggap teman lelaki tu seorang yang kuat membebel sekirany setiap masa dia cuba memberi korang nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang disayangi supaya hubungan yang ada berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia sangat menyayangi hubugnan antara korang.
Jadi bukakanlah hati untuk menerima tegurannya, yang baik dijadikan teladan yang buruk abaikan saja. Kalau hati dah sayang, maka macam-macamlah yang akan korang fikirkan termasuklah bimbang takut kehilangannya. Begitu juga bila teman lelaki menyatakan dia selalu memikirkan dan merisaiukan kesudahan hubungan korang. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengai hubungan korang dan bagaiman untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu saja.
Setiap saat bagi dia amatlah bermakna ditambah dengan kerisauan yang melampau, sedangkan kami senang hati memikirkan “aku hot, cantik kot, ramai lagi lelaki kat dunia ni”. Kalau boleh biarkanlah sesuatu perhubungan itu kejinjang pelamin, barulah berbaloi!
Nampak kelakar, tapi itulah hakikatnya bila teman lelaki korang berperangai tak ubah macam budak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian dari korang. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih dari orang lain yang pernah korang sayang. Kalau dia merajuk hatu, cubalah pujuk. Jangan pula korang sangka sifat manja si dia itu mengada-nganda. Byukan senang lelaki nak ubah sikap machonya kepada lelaki yang berpewatakan manja.
Hanya untuk orang yang disayangi sahaja, percayalah korang menghadapi masalah dan orang pertama datang tolong adalah teman lelaki korang. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup buat apa je asalkan korang senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya.. contoh korang beritahu yang korang akan pergi ke sesuatu tempat untuk jangka masa yang lama. Tiba-tiba si dia jadi menggelabah, korang boleh tengok reaksinya masa tu. Itu tandanya si di lansung tak boleh berjauhan dengan korang dan korang tidak perlu ragukan tentang kesetiaannya.
Sekiranya temana lelaki kami sentiasa tanyakan “awak masih sayang saya? Jangan anggap soalan itu sesuatu yang membosankan. Itu tandanya si dia taknak kasih sayang korang kepadanya luntur. Sebab itu je lah ayat yang mahu didengarinya berulang-ulang kali supaya korang tahu betapa si dia mahu korang sentiasa ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya, walaupun berlum mempunyai ikatan sah, ia sebagai dorongan kepadanya agar lebih bersedia dan bersemangat memulakan hidup bersama korang. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.
Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang wanita. Tak ke korang terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata untuk korang? Kasih sayang pada korang melebihi segalanya, sayang pada manusia lain dengan sayang kepada Tuhan, sayang kepada agama. Korang akan menyesal dengan ketulusan hatinya kalau korang menolah cintanya, kerana airmata lelaki umpama sebutir berlian, hanya kehangatan melampau sahaja yang mampu mencairkannya.
Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga dengan teman lelaki korang, tidak lari dari buat silap dan kadan-kadang buat korang kecik hati. Tapi kalau si dia nak berubah, itu satu perkta yang baik dan korang perlu sokong dia. Berikan masa untuk dia. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi korang, itu satu perkara yang baik. Janganlah korang mencari pengganti si dia semata-mata korang kecik hari dengannya.
Dan korang pasti ke pengganti tu mampi bahagiakan korang? Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia sayangkan korang, betapa si dia lebih pentingkan diri korang dari dirinya sendiri. Apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk korang. Asalkan korang selesa dan rasa selamat setiap kali bersama dengannya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadannya. Berikan diri korang peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki. Kesempurnaan susah nak dicari, tapi ketelusan akan dapat diberikan kalau korang juga betul-betul tulus menyayanginya.
Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau korang rasa pasangan korang banyak kekurangan dan selalu sakitkan hari korang lalu koran pon cari penggantinya, alasan korang dah tak serasi dan dah takda hari, dah tawar hati.
Korang pula macam mana? Adakah korang itu tak pernah buat silap? Adakah korang tak pernah sakitkan hari pasangan korang? adakah korang ini setaraf dengan Siti Khadijah? Setelus Zulaikha? Sekuat Sumaiyyah? Semulia Aisyah? Jangan biarkan ego kuasai perasaan kalau korang tidak pasti akan menyesal satu hari nanti. Korang sering menyalahkan lelaki bahawa lelaki lah paling kuat egonya..
Walhal manusia semua sama, ada perasaan itu dalam setiap diri masing-masing. Mungkin pasangan korang tu tak sempurna, tapi kalau korang dapat merasai keikhlasannya itu lebih baik. Dan keikhlasan itu tidak boleh dibuat. Tapi boleh dirasai dengan hati. Tuhan menciptakan lelaki dan wanita itu berpasangan, bukan untuk menyakiti dan disakiti. Sebaiknya kita redha dan tawakal atas sedala dugaan dan cabaran dalam hidup bersama pasangan. Jangan beri harapan kalau hari kita tidak sukakannya, lebih baik berterus terang dari terus mencemarkannya.