.

.

Tuesday, 28 February 2017

Kecoh... minyak naik 5 sen!

Hari ni ramai penunggang motorsikal bising kerana mereka kata terpaksa kehilangan 5 sen bagi setiap liter , begitu juga dengan pemandu kereta.

Agaknya diorang tak siasat yang naik 5 sen tu cuma minyak diesel... kereta dan motor diorang pakai diesel ke?

Bagi kaver (cover) muka malu, keluar la ayat backup "ala, bulan ni jer.. bulan depan naik jugak"... kalau turun bulan depan, keluar la ayat kaver yang lain pulak..

Otak pembangkang, biasa la...

Dah boleh saman kot?



Satu ketika dulu, kita lihat muka seorang demi seorang yang angkat sepanduk "mana 2.6 billion?"... ada yang dah dirakam jeritannya juga... mana 2.6 billion? mana 2.6 billion?
Akhirnya setelah tidak berjawab, keluarlah kenyataan fitnah bahawa 2.6 billion daripada 1MDB.. dengan penuh berani, kenyataan fitnah ini dilontarkan. Kononnya betul dengan kenyataan sokongan dari media Amerika syarikat yang didambakan oleh pembangkang.
Bukti bergambar dah ada untuk menyeret kaki fitnah ni ke muka pengadilan. Cuma kita nak tahu siapa tok dalang yang buat kenyataan 2.6 billion tu duit 1MDB. Nak kaut, biar kaut semua sekali ke dalam penjara. Sekarang ni nak kumpul bukti fitnah tak susah... media sosial dah sediakan platform bagi tukang fitnah ni bunuh diri..
Mungkin diorang lebih selesa makan tinggung berak cangkung dalam penjara bersama Anwar Ibrahim. Bak kata ayahanda Rani.. kipidap.. buat report masuk lokap. Itu je pengajaran yang sesuai untuk keyboard warrior yang suka copy paste fitnah untuk disebarkan.
Zalim? Tanya orang PKR... Siapa zalim sejak peristiwa Memali hingga 1998? Siapa yang guna ISA sebagai cakar kuku besinya. Siapa pula yang hapuskan ISA kerana dengar tuntutan rakyat. Siapa yang hantar FRU bukan untuk mengawal tetapi untuk membelasah rakyat? Tanya diri sendiri. Ada budak mentah yang nak jadi keyboard warrior.. lahirnya 1999, cerita bab reformasi bagai dia sendiri yang turun padang. Ni jawapan Parang Pedang..... PI BALIK JILAT PUNAI BAPAK HANG DULU.. BARU MAI SEMBANG DENGAN AKU.

Monday, 27 February 2017

Pewangi Denim Original



Pewangi Denim Original wujud sejak 1976 merupakan wangian yang sesuai dipakai oleh kaum lelaki. Baunya yang lembut tetapi menyegarkan sangat sesuai dipakai. Kurang bau musky (tengik) dan memberikan keselesaan kepada pemakai tidak kira tempat dan waktu. Bau pewangi Denim yang seakan bunga bunga rempah memberikan suasana pedas  pada persekitaran sekeliling. Penulis bukan nak jual produk ini, cuma berkongsi testimonial  selaku pengguna perfume Denim Original.

Dana untuk program dialisis perlu dipertingkatkan



Penyakit buah pinggang merupakan satu masalah kesihatan yang kini telah banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Kegagalan fungsi buah pinggang ini banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor kesihatan yang lain seperti darah tinggi dan kencing manis. Ada juga yang mengalami kegagalan buah pinggang semenjak usia yang masih kecil. Ada juga akibat dari kesan kemalangan.
Apakah penting mengetahui semua faktor punca diatas jika jalan untuk mengatasinya menemui kesukaran? Seperti penulis sendiri, masalah buah pinggang yang dialami akibat penyakit kencing manis telah menyukarkan gzaya hidup penulis. Banyak berpantang dari memakan kekacang dan garam selain beberapa makanan yang lain.
Terdapat 4 perkara seperti yang diberitahu oleh doktor penulus sendiri tentang kaedah mengatasi masalah ini.
1. Melakukan pemindahan buah pinggang daripada penderma yang sesuai. Mudahkah untuk mendapatkan penderma? Yang sesuai pula? Bagaimana dengan kos pembedahan? Bagaimana dengan peratusan berjaya hasil pembedahan?
2. Cuci air. Ini kaedah paling murah yang dicadangkan oleh doktor bagi mereka yang tidak mampu. Penyucian menggunakan air yang dibekalkan khas oleh pihak hospital. Tempoh menyuci sekitar 4 5 jam sekali dan perlu diulang 3 hingga 4 kali sehari. Melalui bahagian perut yang ditebuk dan dipasangkan tiub saluran, air dimasukkan dan dibiarkan beberapa jam . Tidak sekadar duduk diam, pesakit perlu menggerakkan badan seperti membuat senaman agar air bergerak sama rata disekitar perut. Suasana tempat mencuci perlu bebas habuk. Selalunya yang buat kaedah cuci air ni kerap berulang ke hospital akibat jangkitan kuman dan tidak dapat meneruskan rawatan cuci air.
3. Membiarkan saja hingga membawa maut. Kerana buah pinggang tidak lagi mampu menapis toksin. Ia akan merebak ke hati dan menuju jantung.
Dialisis darah. Ini merupakan opsyen terbaik setakat ini. Pesakit hanya perlu melakukan cuci darah 3 kali seminggu. Cara penyuciannya , dua tiub dipasang pada urat darah di leher. Satu laluan keluar dan satu lagi laluan masuk. Tiub ini hanya sementara sahaja selama 3 hingga 4 bulan setelah melakukan pembedahan fistula di lengan sebagai laluan kekal untuk dialisis. Dialisis biasanya dilakukan 4 jam bagi sekali rawatan dan berselang 3 kali seminggu.. doktor menyebutnya 135 atau 246 (135: isnin ,rabu,jumaat dan 246: selasa khamis sabtu).
Apa yang ingin dibangkitkan disini ialah kos rawatan dialisis yang memakan belanja sekurang kurangnya RM150.00 bagi sekali rawatan. RM450.00 untuk seminggu.. bagaimana pula jika sebulan? Setahun? Dan sepanjang hayat pesakit? Jika berkerja dibawah kerajaan, mungkin mudah untuk mendapatkan rawatan dialisis percuma. Tapi bagaimana pula jika pekerja swasta? Itu pun belum dikira kos pembedahan fistula yang memakan belanja RM3000.00 anggaran.
Ada beberapa NGO telah menggerakkan persatuannya untuk menyediakan pusat dialisis kerana mereka melihat situasi yang berlaku. Tetapi berapa ramai pesakit buah pinggang yang mampu ditanggung NGO ini? Semakin hari semakin ramai penghidap masalah buah pinggang. Pusat dialisis hospital kerajaan juga telah sesak hingga ada jadual dialisis terpaksa ditangguhkan.
Mengharapkan kepada bantuan baitulmal, pihak baitulmal terpaksa menutup pendaftaran pemohon bantuan kerana terlalu banyak yang ingin mendaftar.
Jika ingin menggunakan PERKESO, tidak semua yang berdaftar dengan mereka kerana bekerja sendiri dan tidak berkerja sertasyarat PERKESO yang mewajibkan caruman lebih setahun.
Solusi bagi permasalahan ini terletak kepada pihak kerajaan bagi menyediakan dana mahupun kemudahan pusat dialisis lebih banyak lagi. Penyakit buah pinggang harus dipandang serius. Ramai rakyat Malaysia menghidapi dan bakal menghidapinya. Produk jualan langsung, ubat herba bukan jalan terbaik, bahkan merosakkan lagi buah pinggang.
(Artikel ini ditulis sendiri oleh parang pedang berdasarkan pengalaman penulis . Sertakan #parangpedang jika mahu copy paste artikel ini).

Sunday, 26 February 2017

Memahami jiwa lanun dikalangan masyarakat



Mengikut hukum kanun persatuan pirates of the caribean pimpinan kapten jack sparrow, tidak salah untuk menyamun harta seseorang bila melihat harta tersebut didepan mata. Itulah senario yang berlaku dinegara kita bila melihat jumlah 2.6 billion didepan mata.

Tanpa mempedulikan siapa punya wang tersebut, masing masing tiba tiba bangkit kononnya bertindak sebagai pejuang rakyat menyuruh agar wang tersebut dipulangkan semula. Persoalannya, mahu dipulangkan kepada siapa? Dimiliki oleh siapa? Mana kunci kira kira si pemiliknya?

Hanya satu kenyataan dari sesebuah pihak, isu tersebut terus dimainkan hingga kini. Tanpa sebarang buti kewujudan 2.6 billion tersebut. Kononnya ada statement terkantoi berkenaan 2.6 billion. Ada bukti dari pihak bank negara ke hingga terjerit jerit suruh pulangkan 2.6 billion tersebut?

Mungkin aku jahil tentang maklumat 2.6 billion ni, tapi tak la sebodoh sesetengah lanun yang membuat tuntutan meluli agar dipulangkan 2.6 bilion. Sekali lagi nak ditanyakan soalan, nak pulangkan kepada siapa? Surat hitam putihnya mana? Laporan polis tentang 2.6 billion tu mana? Sekadar cakap saja cuma provokasi politik pihak yang menangguk diair keruh.

Aku bukan nak bela Najib, tapi aku nak tahu fakta 2.6 billion ni, dari mana sumbernya, didalam akaun bank mana disimpan, mana statement bank negara? Kalau nak dipulangkan, kepada siapa? Adakah lanun lanun ni menurut arahan kapten jack sparrow? Jangan sekadar jerit suruh pulangkan 2.6 billion tanpa hujah kukuh, dan akhirnya buat statement ‘cuma gurauan’ bila bukti tak ditemui..

Sebab 2.6 billion, ikan termenung naik 25.00 sekilo ke? Tanya la lanun lanun ni.....

Lepas ni mesti keluar state ment balas.. Najib pandai simpan punya, mana boleh bocor maklumat..

Ni jawapan aku : JUBO

Alfatihah.. Dato Yahaya Safie



Hari ini kesedihan menyelubungi apabila ayahanda kepada salah seorang AJK UMNO Bahagian Gopeng iaitu saudara Al Yashir Yahaya telah menghembuskan nafas terakhir beliau. Dato Yahaya Safie dimaklumkan meninggal dunia pada jam 1.27 petang tadi dan jenazah telah disempurnakan selepas asar. Salam takziah daripada Parang Pedang buat seluruh ahli keluarga beliau. Buat saudara Al Yashir Yahaya, kuatkan semangat demi meneruskan perjuangan ayahanda tercinta. Al fatihah.

BANYAK MINUM AIR KOSONG LEBIH BAHAYA BERBANDING MAKAN DAGING KAMBING

*..*

Menurut kajian terbaru, byk meminum air kosong blh menyebabkan darah tinggi jika dibandingkan dgn makan daging kambing...

Air kosong/suam yang selama ini dikatakan sebagai minuman sihat, blh dpertikaikn..

Ujikaji tlh dbuat selama 3 màlam trhdp 2 org peserta yg dpilih secara rambang.

Mlm 1:
Peserta A diberi makan sup kambing manakala peserta B dberi 2 botol air mineral 500ml.
* Reaksi keduanya Normal.

Mlm ke2 :
Peserta A dberi kari kambing dn peserta B dberi 3 btl 500ml air mineral.
*Reaksi A Normal manakala B sedikit tidak selesa.

Malam terakhir :
Peserta A dberi kambing bakar dn B, 2 botol air mineral 1 liter.
• Reaksi A masih Normal manakàla B emotional.
Peserta B telah mengamuk dgn membaling botol air mineralnya dan terus merampas baki kambing bakar peserta A sambil berkata '_*Kalau hari2 air kosong, mati la aku!!_*

*Kesimpulan ujikaji:*
Dgn hanya meminum air kosong shj, boleh menyebabkn tekanan darah menjadi tinggi dan tidak dpt dikawal jika dibandingkn dgn memakan daging kambing......😃😃😃😃

Bila perjuangan tak diharhgai


Gambar diatas adalah simbol terbaik buat anjing anjing yang hanya pandai tabur janji bila saat pilihanraya dah tinggal sebulan dua, walhal janji tersebut akan cair macam ais. Ibarat kata orang kanan MB Perak, AIS TAK CAIR...

Nanti dekat pilihanraya, janganlah buat program kat nasi ayam hainan sambil menganjing suruh tolong MB Perak... masa tu bukan tunjuk jari dah, parang pedang terus jampi dengan perkataan LANCAU!

Dah ingat lokasi nasi ayam hainan, dah ingat perkataan AIS TAK CAIR? Orang kanan MB Perak tu mesti ingat... nah, sekali lagi tengok gambar dibawah....



Saturday, 25 February 2017

Kasihan Tun Mahathir



Melihat pada apa yang berlaku ketika kehadiran Tun Mahathir baru baru ni dimajlis anjuran PuKiaR, sangat menyedihkan apabila segelintrr reformis 1998 dengan disokong oleh anak muda PKR melontarkan suara "boo" , maha firaun, maha zalim, hidung besar kepada beliau.

Namun Tun Mahathir tetap sabar dan paling mengejutkan ialah sedikit pun kata balas tidak diucapkan..

Apakah nasib pengasas PPBM ini pada masa akan datang. Tun Mahathir berjuang seorangkah? Sangat sedih melihat nasib bapa wawasan 2020 ini... sangat sedih. Apakah nasib Tun Mahathir akan sama seperti nasib Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim yang dibuang negara apabila DAP memerintah Malaysia nanti. Tun Mahathir sayangkan parti UMNO lagi. Tetapi dia tersilap langkah melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah suatu ketika dahulu dengan pandangan PPBM akan sehebat PKR. lupakan Tun Mahathir pada dosanya pada Anwar Ibrahim dan para reformis 1998?

Dendam reformis 1998 tidak pernah padam, itu yang harus diterima oleh Tun Mahathir. Beliau tidak kenal dengan reformis, parang pedang sendiri ketika itu berdiri bersama ABIM turut menentang Tun Mahathir.

Besarnya dosa Tun Mahathir pada rakyat ketika itu kerana memimpin secara kuku besi bertulangkan ISA. Dan Tun Mahathir harus faham bahawa DAP mendesak kewujudan semula ISA adalah bagi menyumbat Tun Mahathir dan orang melayu ke penjara tanpa bicara seperti yang berlaku di Singapura.

Tun Mahathir harus kembali ke pangkuan UMNO 'Baru' yang beliau asaskan setelah UMNO 1946 diharamkan oleh mahkamah. Bukannya membina kapal baru atas nama PPBM. Perpecahan melayu semakin ketara bahkan ideologi komunis semakin terserlah oleh DAP. Kita makin rugi ditanah air sendiri. Demonstrasi , tuduhan fitnah keatas kerajaan memerintah menyebabkan dana negara terpaksa digunakan bagi program penerangan dan pembasmian demonstrator. Kerana marahkan DS Najib, harga minyak naik dan kos sara hidup naik maka Tun Mahathir sanggup gadaikan bangsa melayu kepada DAP? IBARAT MELETAKKAN PISAU DILEHER SENDIRI.

Kembalilah Tun Mahathir. Tinggalkan kerjasama dengan DAP. Bawa semula ahli PPBM kedalam UMNO sebelum terlambat.

Maaf, Parang Pedang tak makan dedak..



Ni saja statement bodoh Parang pedang supaya pembaca tahu, Parang pedang bukanlah jin saka yang bertuan sampai nak menjilat jubo wakil rakyat atau pemimpin. Siapa salah tetap akan dilanggar. Cuma kerana sayang parti saja buat diri ni tak tinggalkan UMNO. Yang pemimpin tu lantak la nk tidur berdiri berak cangkung pun apa aku peduli. Parang pedang tak heran dengan jobo wakil rakyat yang suka ramis taik dengan rakyat bawahan.

Pernah diri ni terpinggir sebab tak sependapat.. ada yang syok makan dedak tapi guna Parang Pedang untuk menulis bagi tuan yang membelanya.. ini berlaku dalam cawangan sendiri suatu ketika dahulu.

Sejak tu la parang pedang ambil keputusan berjuang secara solo.. ni kes 8 penunggang basikal maut, jangan harap parang pedang nak side pada anak VVIP tersebut. Kita lebih kesiankan ibu bapa mangsa. Rasnya diri ni lebih percayakan saksi kejadian yang nampak jelas kronologi kes berbanding report polis yang ditulis oleh anak VVIP (POLIS tak perlulah nafikan yg tu bukan anak VVIP)...

Betul, parang pedang orang UMNO, boleh digelar penjilat tegar... jangan tak tahu, parang pedang berkawan baik dengan rakan dari aloran pembangkang.

Parang pedang pun tahu skandal rakan pembangkang dan skandal orang UMNO. cuma sebab menjaga aib la skandal tu tersimpan. Lokasi tempat para pelaku skandal tu mengawan menjubo pun parang pedang tahu.. kadang kadang parang pedang pun jahat juga bila tunjukkan tempat melepaskan nafsu sangap mereka..

Kepada pembaca yang ingin menelanjangkan skandal wakil rakyat, silakan komen nombor telefon.. sertakan bukti bergambar.. kita sama sama mengebom kaki jubo ni...

Salam kasih dari parang pedang untuk rakyat mahein... kita serupa.




Repot polis ubah cerita kes langgar 8 penunggang basikal

Waduh..... ubah cerita yer...


Friday, 24 February 2017

Logo Parang Pedang macam bendera lanun?

Pedulikan.. memang parang pedang akan melanun pada wakil rakyat yang buat masalah... terima kasih kepada blogger Daeng Selili yang membantu menyempurnakan logo Parang pedang...  sesuai pula bila parang pedang tiada kaki kiri dan rabun teruk mata sebelah..  kapal jer belum ada.. tapi biarlah berkapalkan blog ini... cadangnya nak melanun di Perak ni sebab ada orang kuat MB Perak dengan tagline AIS TAK CAYOR dah cilok rezeki parang pedang dan rakan2... tu tag line si ais tak cayor.. ni punch line parang pedang pulak... JUBO!


Kisah video kucing

Syok nyer dia kena blower


Ni kalau malam, mesti menjerit tengok dia berdiri..


Muka tension kena buli...


Hilang identiti bila tengok anaknya spesis lain...







Macam macam hal la kucing zaman sekarang ni... hihihihihi....
Tu tak tengok lg yang pandai buat matematik.. memang cerdik.

Kes YBU haritu dah selesai

Bagi yang mengikuti siri blog ni, saja nak maklumkan... kes orang yang dihina oleh salah seorang pengurus YBU haritu dah pun diselesaikan secara baik apabila pengurus berkenaan tampil memohon maaf secara bersemuka dengan pihak yang dihina.. ini baru betul bina upaya..

Ni kes SPRM atau PDRM?

Malas nk sembang panjang... betul ke ni? Rasanya kalau pihak polis tak boleh buat apa2.... biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ambil alih.. sebab polis dah buat yang terbaik...


Thursday, 23 February 2017

Diakah yang melanggar?

Ada gambar viral sosok wajah yang melanggar penunggang basikal hingga menyebabkan 8 nyawa menjadi mangsa.. pelbagai spekulasi dibuat sama ada secara teknikal, kecuaian.. dan mungkinkah pandangan anak gadis ini tertutup oleh sesuatu hingga menyebabkan kemalangan? Bagaimana orang tahu anak gadis ini menggunakan telefon bimbit? Bagaimana pula dengan dakwaan bahawa anak gadis ini memandu perlaha? Siasatan terperinci perlu dilakukan.


Wednesday, 22 February 2017

Rempah kas kas mengatasi penyakit insomnia



Mungkin pelik. Tapi itulah hakikat tentang kas kas. Apa itu kas kas? Ia termasuk dalam kelompok rempah yang mana digunakan dalam masakan. Tapi apa yang Parang Pedang nak ceritakan ialah kemampuan kas kas yang Parang Pedang masukkan dalam kapsul dan ditelan sebiji kapsul saja bila tak dapat tidur malam.
Betul, kas kas ialah bijian dari bunga popi yang getah bunganya diproses menjadi candu atau morfin. Tetapi kas kas tiada bahan narkotik.
Tak lama dulu ada diperkatakan tentang isu kas kas yang penuh kontroversi di negara kita. Akhir hasil ujian menunjukkan kas kas bebas narkotik.
Secara tradisional, kas kas adalah rempah penyedap masakan dan minuman disamping merawat penyakit susah tidur atau insomnia. Masukkan kas kas dalam kapsul dan telan dengan air suam..

Nasi kandar m salim kepala ikan



Tadi aku pi keluar kejap dengan famili, ada urusan. Kebetulan lokasi tempat aku tu di jalan tokong, ipoh... ( ni bukan di Pulau Pinang tau). Selesai urusan, kami pun nak pi makan. Ayah aku ajak pergi makan direstoran mamak. Aku baru teringat deksat jalan Bahru off Jalan Tokong ni ada satu restoran. Orang panggil restoran M. Salim kari kepala ikan. Kami pun bergerak ke sana. Restoran ni nampak jer macam suram sebab depan kedainya ditutupi pokok lebat, tapi didalamnya terletak sebuah kedai yang menyajikan masakanindia muslim yang terkenal iaitu nasi kandar.
Bila sebut nasi kandar, kita akan terbayang restoran line clear di Penang dan nasi ganja / vanggey di ipoh. Sama juga dengan restoran M. SALIM ni.  Ada hidangan nasi kandar berkonsepkan nasi ganja.
Sepinggan nasi yang disertakan dengan ayam goreng berempah, kuah kari campur yang kaya dengan aroma rempah ratus dan mungkin mengandungi ramuan kas kas pastinya buat kita berselera serta timun dan sambal khas (sambal mamak ni special sikit sebab bukan sambal belacan, sebaliknya sambal daripada rempah, cili, pudina dan sebagainya hingga membuatkan kita rasa ketagih nak lagi).. memang sedap.


Bagi yang ingin cuba hidangan nasi kandar M. Salim Kari Kepala Ikan, boleh la datang ke jalan Bahru, off Jalan tokong 31650 , ipoh.. kalau keliru, ikut saja Jalan Kampar melalui EconSave shopping mall, terus belok kiri lepas mall tu dan belok kanan pada simpang pertama... dah sampai..
Selamat mencuba sebagai opsyen ketiga nasi kandar di Ipoh, selepas Nasi Ganja dan Nasi Vanggey. Jangan salahkan saya jika anda rasa tak cukup sepinggan hingga sanggup bawak balik macam saya.. disana saya dah tibai 2 pinggan.

Search location di google maps:



Dibawah ni saya sertakan peta ke lokasi :


Tak jelas lagi? Nah, satu lagi peta lokasi yang saya sertakan :



Sunday, 19 February 2017

Unit mikro kredit YBU.. Apa cerita ni?

Saja nak bagi sipi sipu jer peluru senapang blog ni.. tadi baru dengar cerita seorang #### unit mikro kredit dalam Yayasan Bina Upaya yang lancang mulutnya memberi maklum balas biadap kepada  seorang sahabat aku. Maklum la dah jadi orang kuat, bahasanya pun sedap juga... boleh tahu siapa yang minta surat kematian daripada kawan aku sedangkan ayahnya masih hidup? Walhal dia sendiri tahu si ayah kawan aku ni masih hidup. Agaknya orang tu memang fobia dengan bapaknya sendiri sampai ayah orang lain pun dia nak doakan mati. Apa punya  bodoh penjawat YBU macam ni?

Kawan aku cakap, sila tampil ke depan untuk minta maaf secara terbuka didepan ayah kawan aku.. sebab ni bukan gurauan bila melibatkan kata penghinaan pada seseorang.. jangan ego sangat, minta maaf je pun. Bukan mintak penendang... janganlah sebab ego tu, aku bogelkan nama si mamat tu dalam blog aku ni.. biar orang tau ...