Tadi aku pi keluar kejap dengan famili, ada urusan. Kebetulan lokasi tempat aku tu di jalan tokong, ipoh... ( ni bukan di Pulau Pinang tau). Selesai urusan, kami pun nak pi makan. Ayah aku ajak pergi makan direstoran mamak. Aku baru teringat deksat jalan Bahru off Jalan Tokong ni ada satu restoran. Orang panggil restoran M. Salim kari kepala ikan. Kami pun bergerak ke sana. Restoran ni nampak jer macam suram sebab depan kedainya ditutupi pokok lebat, tapi didalamnya terletak sebuah kedai yang menyajikan masakanindia muslim yang terkenal iaitu nasi kandar.
Bila sebut nasi kandar, kita akan terbayang restoran line clear di Penang dan nasi ganja / vanggey di ipoh. Sama juga dengan restoran M. SALIM ni. Ada hidangan nasi kandar berkonsepkan nasi ganja.
Sepinggan nasi yang disertakan dengan ayam goreng berempah, kuah kari campur yang kaya dengan aroma rempah ratus dan mungkin mengandungi ramuan kas kas pastinya buat kita berselera serta timun dan sambal khas (sambal mamak ni special sikit sebab bukan sambal belacan, sebaliknya sambal daripada rempah, cili, pudina dan sebagainya hingga membuatkan kita rasa ketagih nak lagi).. memang sedap.
Bagi yang ingin cuba hidangan nasi kandar M. Salim Kari Kepala Ikan, boleh la datang ke jalan Bahru, off Jalan tokong 31650 , ipoh.. kalau keliru, ikut saja Jalan Kampar melalui EconSave shopping mall, terus belok kiri lepas mall tu dan belok kanan pada simpang pertama... dah sampai..
Selamat mencuba sebagai opsyen ketiga nasi kandar di Ipoh, selepas Nasi Ganja dan Nasi Vanggey. Jangan salahkan saya jika anda rasa tak cukup sepinggan hingga sanggup bawak balik macam saya.. disana saya dah tibai 2 pinggan.
Search location di google maps:
Dibawah ni saya sertakan peta ke lokasi :
Tak jelas lagi? Nah, satu lagi peta lokasi yang saya sertakan :
saya seminggu sekali melatak di sini
ReplyDeleteBest tu... lepas makan mesti mengantuk...
Delete