.

.

Sunday, 26 February 2017

Memahami jiwa lanun dikalangan masyarakat



Mengikut hukum kanun persatuan pirates of the caribean pimpinan kapten jack sparrow, tidak salah untuk menyamun harta seseorang bila melihat harta tersebut didepan mata. Itulah senario yang berlaku dinegara kita bila melihat jumlah 2.6 billion didepan mata.

Tanpa mempedulikan siapa punya wang tersebut, masing masing tiba tiba bangkit kononnya bertindak sebagai pejuang rakyat menyuruh agar wang tersebut dipulangkan semula. Persoalannya, mahu dipulangkan kepada siapa? Dimiliki oleh siapa? Mana kunci kira kira si pemiliknya?

Hanya satu kenyataan dari sesebuah pihak, isu tersebut terus dimainkan hingga kini. Tanpa sebarang buti kewujudan 2.6 billion tersebut. Kononnya ada statement terkantoi berkenaan 2.6 billion. Ada bukti dari pihak bank negara ke hingga terjerit jerit suruh pulangkan 2.6 billion tersebut?

Mungkin aku jahil tentang maklumat 2.6 billion ni, tapi tak la sebodoh sesetengah lanun yang membuat tuntutan meluli agar dipulangkan 2.6 bilion. Sekali lagi nak ditanyakan soalan, nak pulangkan kepada siapa? Surat hitam putihnya mana? Laporan polis tentang 2.6 billion tu mana? Sekadar cakap saja cuma provokasi politik pihak yang menangguk diair keruh.

Aku bukan nak bela Najib, tapi aku nak tahu fakta 2.6 billion ni, dari mana sumbernya, didalam akaun bank mana disimpan, mana statement bank negara? Kalau nak dipulangkan, kepada siapa? Adakah lanun lanun ni menurut arahan kapten jack sparrow? Jangan sekadar jerit suruh pulangkan 2.6 billion tanpa hujah kukuh, dan akhirnya buat statement ‘cuma gurauan’ bila bukti tak ditemui..

Sebab 2.6 billion, ikan termenung naik 25.00 sekilo ke? Tanya la lanun lanun ni.....

Lepas ni mesti keluar state ment balas.. Najib pandai simpan punya, mana boleh bocor maklumat..

Ni jawapan aku : JUBO

No comments:

Post a Comment