Penyakit buah pinggang merupakan satu masalah kesihatan yang kini telah banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Kegagalan fungsi buah pinggang ini banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor kesihatan yang lain seperti darah tinggi dan kencing manis. Ada juga yang mengalami kegagalan buah pinggang semenjak usia yang masih kecil. Ada juga akibat dari kesan kemalangan.
Apakah penting mengetahui semua faktor punca diatas jika jalan untuk mengatasinya menemui kesukaran? Seperti penulis sendiri, masalah buah pinggang yang dialami akibat penyakit kencing manis telah menyukarkan gzaya hidup penulis. Banyak berpantang dari memakan kekacang dan garam selain beberapa makanan yang lain.
Terdapat 4 perkara seperti yang diberitahu oleh doktor penulus sendiri tentang kaedah mengatasi masalah ini.
1. Melakukan pemindahan buah pinggang daripada penderma yang sesuai. Mudahkah untuk mendapatkan penderma? Yang sesuai pula? Bagaimana dengan kos pembedahan? Bagaimana dengan peratusan berjaya hasil pembedahan?
2. Cuci air. Ini kaedah paling murah yang dicadangkan oleh doktor bagi mereka yang tidak mampu. Penyucian menggunakan air yang dibekalkan khas oleh pihak hospital. Tempoh menyuci sekitar 4 5 jam sekali dan perlu diulang 3 hingga 4 kali sehari. Melalui bahagian perut yang ditebuk dan dipasangkan tiub saluran, air dimasukkan dan dibiarkan beberapa jam . Tidak sekadar duduk diam, pesakit perlu menggerakkan badan seperti membuat senaman agar air bergerak sama rata disekitar perut. Suasana tempat mencuci perlu bebas habuk. Selalunya yang buat kaedah cuci air ni kerap berulang ke hospital akibat jangkitan kuman dan tidak dapat meneruskan rawatan cuci air.
3. Membiarkan saja hingga membawa maut. Kerana buah pinggang tidak lagi mampu menapis toksin. Ia akan merebak ke hati dan menuju jantung.
Dialisis darah. Ini merupakan opsyen terbaik setakat ini. Pesakit hanya perlu melakukan cuci darah 3 kali seminggu. Cara penyuciannya , dua tiub dipasang pada urat darah di leher. Satu laluan keluar dan satu lagi laluan masuk. Tiub ini hanya sementara sahaja selama 3 hingga 4 bulan setelah melakukan pembedahan fistula di lengan sebagai laluan kekal untuk dialisis. Dialisis biasanya dilakukan 4 jam bagi sekali rawatan dan berselang 3 kali seminggu.. doktor menyebutnya 135 atau 246 (135: isnin ,rabu,jumaat dan 246: selasa khamis sabtu).
Apa yang ingin dibangkitkan disini ialah kos rawatan dialisis yang memakan belanja sekurang kurangnya RM150.00 bagi sekali rawatan. RM450.00 untuk seminggu.. bagaimana pula jika sebulan? Setahun? Dan sepanjang hayat pesakit? Jika berkerja dibawah kerajaan, mungkin mudah untuk mendapatkan rawatan dialisis percuma. Tapi bagaimana pula jika pekerja swasta? Itu pun belum dikira kos pembedahan fistula yang memakan belanja RM3000.00 anggaran.
Ada beberapa NGO telah menggerakkan persatuannya untuk menyediakan pusat dialisis kerana mereka melihat situasi yang berlaku. Tetapi berapa ramai pesakit buah pinggang yang mampu ditanggung NGO ini? Semakin hari semakin ramai penghidap masalah buah pinggang. Pusat dialisis hospital kerajaan juga telah sesak hingga ada jadual dialisis terpaksa ditangguhkan.
Mengharapkan kepada bantuan baitulmal, pihak baitulmal terpaksa menutup pendaftaran pemohon bantuan kerana terlalu banyak yang ingin mendaftar.
Jika ingin menggunakan PERKESO, tidak semua yang berdaftar dengan mereka kerana bekerja sendiri dan tidak berkerja sertasyarat PERKESO yang mewajibkan caruman lebih setahun.
Solusi bagi permasalahan ini terletak kepada pihak kerajaan bagi menyediakan dana mahupun kemudahan pusat dialisis lebih banyak lagi. Penyakit buah pinggang harus dipandang serius. Ramai rakyat Malaysia menghidapi dan bakal menghidapinya. Produk jualan langsung, ubat herba bukan jalan terbaik, bahkan merosakkan lagi buah pinggang.
(Artikel ini ditulis sendiri oleh parang pedang berdasarkan pengalaman penulis . Sertakan #parangpedang jika mahu copy paste artikel ini).
No comments:
Post a Comment