.
Saturday, 25 February 2017
Kasihan Tun Mahathir
Melihat pada apa yang berlaku ketika kehadiran Tun Mahathir baru baru ni dimajlis anjuran PuKiaR, sangat menyedihkan apabila segelintrr reformis 1998 dengan disokong oleh anak muda PKR melontarkan suara "boo" , maha firaun, maha zalim, hidung besar kepada beliau.
Namun Tun Mahathir tetap sabar dan paling mengejutkan ialah sedikit pun kata balas tidak diucapkan..
Apakah nasib pengasas PPBM ini pada masa akan datang. Tun Mahathir berjuang seorangkah? Sangat sedih melihat nasib bapa wawasan 2020 ini... sangat sedih. Apakah nasib Tun Mahathir akan sama seperti nasib Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim yang dibuang negara apabila DAP memerintah Malaysia nanti. Tun Mahathir sayangkan parti UMNO lagi. Tetapi dia tersilap langkah melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah suatu ketika dahulu dengan pandangan PPBM akan sehebat PKR. lupakan Tun Mahathir pada dosanya pada Anwar Ibrahim dan para reformis 1998?
Dendam reformis 1998 tidak pernah padam, itu yang harus diterima oleh Tun Mahathir. Beliau tidak kenal dengan reformis, parang pedang sendiri ketika itu berdiri bersama ABIM turut menentang Tun Mahathir.
Besarnya dosa Tun Mahathir pada rakyat ketika itu kerana memimpin secara kuku besi bertulangkan ISA. Dan Tun Mahathir harus faham bahawa DAP mendesak kewujudan semula ISA adalah bagi menyumbat Tun Mahathir dan orang melayu ke penjara tanpa bicara seperti yang berlaku di Singapura.
Tun Mahathir harus kembali ke pangkuan UMNO 'Baru' yang beliau asaskan setelah UMNO 1946 diharamkan oleh mahkamah. Bukannya membina kapal baru atas nama PPBM. Perpecahan melayu semakin ketara bahkan ideologi komunis semakin terserlah oleh DAP. Kita makin rugi ditanah air sendiri. Demonstrasi , tuduhan fitnah keatas kerajaan memerintah menyebabkan dana negara terpaksa digunakan bagi program penerangan dan pembasmian demonstrator. Kerana marahkan DS Najib, harga minyak naik dan kos sara hidup naik maka Tun Mahathir sanggup gadaikan bangsa melayu kepada DAP? IBARAT MELETAKKAN PISAU DILEHER SENDIRI.
Kembalilah Tun Mahathir. Tinggalkan kerjasama dengan DAP. Bawa semula ahli PPBM kedalam UMNO sebelum terlambat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment