.

.

Thursday 29 March 2018

Mahathir... apa motif bertanding atas tiket DAP?

Kita sedia maklum bahawa terdapat satu masalah didalam PPBM dimana tiada laporan mesyuarat untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pendaftaran Malaysia. Ekoran daripada itu, kemungkinan pendaftaran PPBM sebagai sebuah badan politik akan terbatal dan secara automatiknya hilang kelayakan untuk meletakkan calon bagi pilihanraya 14.

Disebalik kisah tersebut, tun Mahathir bukan sahaja tidak cuba memulihkan parti. Bahkan sebaliknya mengambil pendekatan bertanding atas tiket DAP. Dimana kredibiliti Mahathir selaku MT dalam PPBM?

Sepatutnya Mahathir berusaha menyelamatkan kapal sendiri dan bukannya membiarkan PPBM tenggelam. Jelas matlamat Mahathir adalah dendam tak sudah kepada BN yang pernah diterajui beliau.

Melihat jawatannya diambil oleh Najib, Mahathir merasakan segala yang pernah dimilikinya diambil oleh Najib. Tambahan pula Najib menafikan dasar kronisma Mahathir tanpa satu pun tindakan Najib dapat dikawalnya. Dengan itu, melihat kejatuhan Najib adalah matlamat utama Mahathir meskipun terpaksa bersekongkol dengan parti kristian (DAP).

Pengundi perlu berhati hati dengan tindakan Mahathir yang bakal menggoyahkan institusi Islam di Malaysia. Pena ditangan pengundi, salah pangkah ... terpangkah tahi.

No comments:

Post a Comment